Saturday, May 28, 2011

Last day of 1st semester :DD

Hari khamis haritu hari last untuk penggal satu. Yeaaaahhhaaaaaa finally habis jugokkkkk. Exam habis, so cuti lah kan -,- sepatutnya jumaat tu sekolah lagi, tapi aku buat cuti sendiri hahahaha XD pastu masa nak balik tu, punyelah penat mencari Form teacher aku nih. Sampai setengah jam lah jugak aku terpacak kat depan lab tu tunggu. Baru lah muncul. Datang datang je terus aku ckp esok aku tak datang. Tak pasal2 kene bebel. Pastu bila cikgu tanya sebab aku ckp ade hal *konon je, padahal nak pergi tgk wayang dgn diorang ni. Pastu dah bg duit derma terus chow dari situ. Ye ah, japgi lagi lama aku kat situ, lagi banyak soalan aku kene jawab.

Keluar je dari sekolah, lepak kat kdai cikzul dgn rabiatul, tasya, yus, ida, syafiq :) kalau aku makan mesti tak habis :( kenapa ntah dgn perut aku ni hahaha. Sembang lama ah jugak, ye ar nnt tak jumpa dua minggu. Sumpah rinduuu gilaaa nnt. Lepas dah makan semua balik lah. Grrr penat gilossssss-___-

Esok tu keluar tgk wayang. Tgk nurkasih, best gilaaaa woot, sampai menangis. Buat malu je ^^ LAgu dekat blog ni buat saya ingat dekat awak :'(
Bosan la harini. Kenapalah hari sabtu takde Nora Elena :) Ghinduuuuuu nak tgk Seth. comel je. dahlah sweetttttt gilaaaa ohhhh +__+

#You made me fell in love with you again.

Tuesday, May 24, 2011

Bila saya tengah H A P P Y [=

Assalamualaikum semua ♥ [=



Harini saya happy tersangat sangat happy yang teramat amat. Haha habis ayat BM aku. Tunggang langgang. Hari ini adalah hari last subjek elektif. Tinggal agama dgn Maths je sekarang. Sbb tu lah aku happy. Akhirnya habis jugak seksa nak hafal physics, Chemistry, account and the most scariest subject, ADDMATH =[  Nak pengsan aku jawab ni semua. Mana taknya, nak kene hafal Chemistry. Pasal periodic table, noble gas, sejarah pasal PT lah, pstu menghafal experiment lagi. Boleh hilang selera aku nak makan tau. Kesian aiskrim aku terbiar dlm peti ais tu, sbb aku busy sangat. Sampai tak sempat nak makan. HAHA. Itu belum campur dgn physics lagi, ini subjek yg buat aku gila. Mmg tersangat susah bgi aku. Maybe aku tak minat kot. Aku lagi suka Chemistry. Walaupun cikgu yg ajar aku tu agak  errrrr =.= malas nak ckp. haha. Fizik nak kena banyak tahu banyak benda. Tu yg kekadang aku bosan tu -_- Momentum, inertia. collision tu semua are not totally in my mind. Bila nak exam baru kelam kabut hafal, pahamkan tu semua haha. Belum tgk akaun lagi. Haha itu bikin aku serabut betul. Belajar buat aku jadi blur -_- Addmath ni lagi satu hal. Aku gila belajar benda ni. Aku sgt paham bila cikgu ajar, buat latihan semua ok je. Bila dtg time exam, otak blank. Tapi takdela aku tinggal kosong kertas. Aku cuba lah penuhkan jugak, entah2 ape yg aku hentam tu betul ke kan ^_^


Tadi tepat 1.05 exam physic tamat. Jyeahhh best gilaaa, tersengih sorang2 sbb dah  habis. Tadi exam physics. Paper 2, alhamdulillah boleh buat. Boleh tahan lah boleh jawab. Lgpun soalan dia cikgu dah pernah bg dalam lab suruh buat latihan. So senang lah jgk. TAPI, Paper 1 mmg buat aku nak menjerit, menangis , meracau pn ade dah. Susahhh gilaaaa mak oii. Nasib ade A, B, C, D. Boleh lah jgk aku tembak tembak, mana yg aku tak leh jawab tu.

Tadi jawab exam, tak berapa tenteram. Sangat bising. Yelah kan, dah blok kelas aku, tepi jalan raya, pastu plak tadi PM dtg melawat tempat kejadian tanah runtuh tu -,- paham2 je lah ye kalau kereta PM dgn seangkatannya nak lalu cemana. Ade bunyi ninonino tu. Aku tgh jawab exam sangat sakit hati dan biol sekejap, ye ah sbb bising sgt, aku dh keliru. dekat kertas soalan aku tanda A. dekat OMR aku prgi tanda D. Sgt bagus, selamat aku check balik hihi XD

k sampai sini je la. saya takleh update bebanyak. Exam tak habis lagi. Ade lagi 2 paper to go. Agama dan Maths :D Wish me luck k <3

#No matter who you are, no matter where you go in your life, at some point you're gonna need somebody to stand by you.

Sunday, May 22, 2011

Kita tak tahu apa yang akan terjadi :/

YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOOO! minggu ni minggu last aku exam. Lepastu cuti. Masa cuti nnt dah planning mcm2 dah ni. Hanya tinggal paper Physic, Mathematics, Agama Islam And Account ;D Esok paper Account. Sekarang aku baru habis study Bab 1. Yang lain tu tak habis lagi. Harap2 lah sempat. Aku harap sangat takde failed kali ni. Dan target aku tercapai. Esok paper 2 start dulu. Haih mcm mana lah nak jawab. Janganlah soalan tu susah. Senang lah pleaseeee :D

Okay semalam semua tgk berita kan. Yang pasal tanah runtuh dekat Bt 14 Hulu Langat tu. Tempat tu takde lah jauh sangat dari rumah aku, tp takde lah dekat sgt. Dekat dgn sekolah aku lah -,- Situ rumah anak yatim. Kesian gila. Ngeri aku baca, ada yang tertimbus tak jumpa lagi. Ada yg dah jumpa, tp dah meninggal. Inalillah.Ada yang pergi tgk depan2. Sangat berani. Aku takleh ohh. Boleh pitam aku kat situ. Semoga semua akan kembali kpd sedia kala. Al-Fatihah kpda yg terkorban. Ambil iktibar dari musibah ni :) kita taktahu apa yg dirancang dan akan terjadi, dlam masa yang singkat boleh lesap apa yang kita ada.



Semua ni diambil dari laman web berita harian :D Do visit and read the full story about this kayy :)


#Life is a gift, don't take it for granted. Don't look back and ask why. Instead, look forward and ask why not.

Saturday, May 21, 2011

All about her D;



Wow. I'm one of your juliet, babe. Thanks.  I love you so much and always remember i'll support you k. Terharu baca blog kau.


Kita kawan dari kecik sampai sekarang kan. Dulu kecik2 kita mana ada nangis sebab laki kan, kita mana ada sedih sebab kena tinggal dgn lelaki. Tapi sekarang kita sama. Tapi aku yang dulu rasa benda tu. Sekarang kau. Kena tinggal dgn lelaki yg paling kita syg dan bermakna. Sangat sakit. Dengan senang lelaki janji semua, tapi lastly lelaki jugak yg ingkar dgn janji tu. Aku pn tak paham.

Nur Syuhadda :)
Babe, kau jangan sedih2 tau. Let go the past. No matter what happened before, theres nothing you can do about it. Just enjoy what you have now. Malay Surians and me always be there for you <3 Firstly, aku tahu benda ni. Aku takot gila dengar. Aku taknak kau jadi bodoh menangis sebab lelaki. Aku dh pernah merasa. Alhamdulillah, kau tak nangis teruk mcm aku --' Aku harap semua akan okay. Kau tak perlu risau, mmg dia dah takde untuk kau, tapi we guys selalu ada untuk kau :)

Apa yang kita sedih hari ini, mungkin ada hikmahnya. Biar masa yang membalas semuanya. Org yg buat kita sedih dan menangis ni mmg tak reti appreciate. Elok2 dapat permpuan yg setia, boleh pulak nak tinggal mcm tu je. Kalau nanti lah dapat perempuan yg permainkan hati diorang balik, haha aku tepuk tangan. PADAN MUKA. Aku pernah merasa tu semua. Elok2 aku setia, tpi semudah tu lelaki tu cari pengganti lain. Aku harap sangat dia dapat balasan balik. bila dengar cerita nur syuhadda. Yahhh ceritanya lebih kurang sama dgn aku. Live your new life k babe? Sayang lu.


  I miss your smile and laugh babe :D and live your single life :)

#Sometimes we need to forget the people in the past + thank them for hurting us because they lead us to be the person we are right now! :)

Heartless :\

Assalamualaikum, readers. Have a nice saturday :D

Hidup ni ada macam macam cabaran dan dugaan kan. Cuma kita je kene kuat dan mesti tabah untuk hadapi semua ni. Kena ada cara dan kita kena pastikan setiap keputusan yang kita buat tu adalah yang terbaik. Kita kena fikir jugak risiko keputusan kita tu. Kadang2 tak semuanya baik. Ada jugak yang tak baik. Semua tu aku dah lalui. Sejak dia pergi, aku banyak berubah. Cara pemikiran aku berubah. Aku mula fikir jauh, aku mula fikir dan buat keputusan dgn matang. Tak mcm dulu, aku suka fikir negatif. Lepastu, buat keputusan terburu buru. Lepastu menyesal.

Bila aku tengok orang bercinta, bercouple semua.Ye aku jealous. Tapi aku happy sebab aku tak perlu nak beratkan kepala otak aku ni fikir masalah cinta. Aku dah bebas. Aku hanya perlu tumpukan perhatian kpd pelajaran aku. Itu lebih penting. Ye tu masa depan aku. hanya tinggal satu setengah tahun sahaja untuk SPM. Bukannya masa untuk aku bermain cinta. Aku hanya perlu spend time untuk buku dan pelajaran. Biarlah orang kata aku tak laku sebab takde pasangan, asalkan aku berjaya capai target untuk SPM dan dapat bahagiakan mak abah aku. Aku nak diorang bangga. Aku taknak diorang sedih mcm keputusan PMR aku. Masa PMR aku terlalu memikirkan cinta, pelajaran langsung aku tak pikir. Tapi sekarang aku sedar aku serik. Aku tahu cinta takkan ke mana, tetapi pelajaran yg akan membawa aku pergi jauh :) Lagipun orang cakap, kita akan dapat yang lebih baik dekat universiti nanti. So jangan lah risau, zaman sekolah ni pelajaran yg penting. Benda tu yang nak sara kita nanti. Bukan cinta, cinta tu mcm sampah je. Bila dah taknak, buang je dlm tong sampah.

Kini aku sudah pun ada di pertengahan tahun 2011. Aku 16 tahun. Dah besar. Dah boleh fikir dgn matang. Tak lama lagi aku akan SPM. Hanya tinggal satu setengah tahun. Bagi sesetengah org, benda tu lama lagi. Bagi aku sekejap. Sebab aku manusia yg cepat leka. Aku telah gunakan pengalaman aku untuk meneruskan kehidupan aku. Sekarang aku tak perlu lagi menjaga hati dan perasaan lelaki. Aku hanya perlu jaga hati aku. Kalau kita sedar, cinta hanya menghancurkan masa depan. Belum tentu lagi pasangan yg berani bersumpah dan berjanji kpd kita akan menunaikan janji. Benda itu pernah jadi kat aku. Sekarang ni, tak mudah untuk aku percaya lagi. Bila aku tgk situation kawan2 aku ade masalah dgn boyfriend diorang, aku rasa takot. Aku taknak nasib diorang mcm aku. Bila mereka mintak nasihat dari aku, aku akan cuba untuk diorang jaga relationship diorang. Aku taknak diorang lalui apa yg dah aku lalui. Aku masih ingat lagi saat dia tinggalkan aku. Aku masih ingat lagi aku down dulu cm mana. Aku masih ingat aku menangis dan sedih. 2 bulan aku mcm tu. Si dia entah hilang ke mana. Aku ingat smeua tu lagi. Tuhan maha Adil. Biar masa yg menentukan semua ni. Aku redha. Aku tak pernah sesekali berdendam dgn dia :) aku ikhlas lepaskan dia pergi ^_^

Kayy cukup sampai sini, esok exam akaun. Harap aku boleh skor subjek ni. Aku taknak failed -_-

A. Terima kasih sgt banyak ubah aku ;D
Percubaan pertama D; Sayang PHOTOSCAPE

#I wonder if you still think about me. If you still hold those memories we once shared together.

Thursday, May 19, 2011

TODAY

Semalam hujan lebat. Balik dari tuisyen. Online. Mandi. On the phone jap dgn kawan aku. ^___^ bila bukak buku nak ulangkaji chemistry, mata mengantuk gila. Dahla ade Exam chemist P3, satu apa ta experiment tak hafal lagi-,- pastu, terus tertido. Ape pon tak sempat nak buat. Penat sgt. Gosok baju pn tak =,= So harini aku pakailah baju oren. Terpaksalah kan.

Masa exam chemistry tadi gila best woi. Susah. Dapat dapat je paper, terus tgk section A. oh ok ni ade baca tadi. ala tak ingat sgt plak. Bila tgk section B, mmg best yg ni. AKU LUPA OBSERVATION DGN INFERENCES ! hilang 4 markah :( Bukak je section C, aku gelak sorang2 HAHAHA. Sebabnya, aku tau aku takleh jawab, dan soalan ni tersangatlah merepek. Aku tak tahu ape pon. Alhamdulillah boleh jawab lah jugak, tapi aku tak yakin boleh lulus. Ye ah Paper 3 mmg aku hampir jawab semua tapi procedure dgn data aku lupa. mmg aku biarkan kosong lah. Saje nak bg teacher isi ^__^

Rehat tadi punyalah takut, sebab aku teringgal Periodic Table. Bila tanya shafiq dgn Kak Sha, diorang ckp soalan 1 selalu ade keluar PT. Aku dah gelabah dah -,- ye lah dgn kedai buku penuh dgn orang, bila sampai turn aku, dakwat photostat habis :( haih time ni jugak dakwat nak habis. Err -.- nasib lah tak keluar periodic table tu.

Kpenat baru balik sekolah. Nak mandi dan rehat. Byeeeeeeee :D


*I don't hate him for leaving me. I Hate him for not realizing how much i love and care about him.

Tuesday, May 17, 2011

Erghhhhh =,=

Tadi bangun pukul 8. budak tak pergi sekolah kan, mesti ah bgun lambat. HIHI lepas bangun, pergi dapur. Ala takde apa2 untuk breakfast. Ok terus pergi mandi. Dah habis mandi semua.On lappy, online jap. JAP? haha lama kot. pukul 9 baru aku off. Bukak buku math. Buat latihan Chapter two yg Quadratic tu. Ok dah buat latihan tu, tutup buku jap, penat. Online FB balik, rasarasa dah bosan tu, aku off balik. Prgi dapur, tgk lagi sekali kan, entah ade mak beli apa2 ke kan. OK YES! mak beli nasi lemak. Yahhh favourite aku plak ni kan. Dekat nanding tu mmg tempat favourite aku :D sedap gilosssss.  Tambah pulak dgn mak buat Capuccino. yahhh berselera aku pagi ni. makan banyak gila dgn Apam bagai lah :D

Lepas makan, layan cerita Cinta Melody jap. Awwww handsomenya Randy <3 Boyprennggg gua tuh, jgn AMBIK! tgh siok2 layan cerita tu, sambil tu baca lah paper sekali kan. Huh takde cerita best pon. Tapi dekat sukan ade pasal Messi. Eceh comelnya gambar dia :D Dah habis tu, bukak tv3, tgk cerita Chef Jo. haha tak pernah pung aku layan cerita ni. Tadi tiba rajin pulak kan -.-'' Gelak sorangsorang m,cm org gila, lawak dooo cerita ni. Habis cerita tu, masuk ah bilik, sambung buat latihan. Oh myyyyyy, i got stomach ache. Ahhhh ni tak suka ni. Sakit gila bab* tak boleh nak gerak semua. ok lepas dah relax semua, dh makan ubat bagai semua, ok dah ok. PASTU SAYA ONLINE BALIK. sangat busangggggg!

#In life we all have an unspeakable secret, an irreversible regret, an unreachable dream and an unforgettable love

i'm not going to school

Harini aku takde paper, sebab aku tak ambik sport-science :D yeay, so aku decide taknak pergi sekolah. Nak study math dekat rumah. hehe. Aku ade baca blog satu budak ni tau, dia kutuk pasal isu budak bertudung. Macam dh bagus sangat. Dia ingat dia hina pasal isu tudung, dia dh cukup bagus lah. Dahlah rambut perang, merah menyala, cara berpakaian takyah ckp lah kan, hishhh ade hati plak nak mengutuk pasal tudung. Grrr -,- geramnya aku. Dekat fb pn mcm tu, update pasal tu. nak je aku tumbuk muka dia.

Ssya rindu Bruno Mars ♥  lama tak dengar lagu dia. nak belajar dah ni, k sampai sini je update kayy :)


#To the world you may be one person, but to one person you may be the world.

Finally okay :)

Peristiwa semalam   ♥ ♥  aku takkan lupa :) Dua hari berturut-turut kan.Ok thanks weh -,- Kita share sama sama pulak tuh kan hikhokhikhok, ok dah. Harini cuti Hari Wesak -,- Bosan di rumah. Tapi happy ah jgk sebab takde lah nak penat penat pergi sekolah kan.takpayah lah nak siapkan homework yg belambak. Takpayah lah nak kene marah dgn mak sebab pagi2 aku selalu lambat siap nak pergi sekolah. Takpayah lah nak masuk kelas yg happening aku tu. takpayah lah asyik terjumpa org yg aku menyampah nak tgk lagiii kan. haha berapa punya banyak takpayah lah aku ni. nampak sangat dah aku ni pemalas antarabangsa :D

Esok aku takde exam. Ok kira best lah. Boleh rehat jap.Khamis ade exam. Mathematics doooo ;) My favret subject  Ramai pelik aku tetiba suka math kan?Tahun lepas mana ada aku suka, kalau failed mmg muka aku lah. Cuma PMR dpt better sikit atas bantuan dua org senior yg sgt baik hati :D Tapi sekarang tetiba jadi subject paling aku minat wei. Nak tahu sebab ape? semestinya bkn sebab senior aku,tapi sebab  Puan J. Dia yg dah bukak mata aku yg math ni fun gilaaa ohhhh -,- cara dia mengajar mmg superb gila! tak pernah aku jumpe cikgu yg mmg semangat gila habis bila mengajar. Bila dia mengajar mmg satu kelas akn diam kot aku rasa. Bak kata wafiy, cikgu dh mcm Ahli Politik ^___^ Disamping tu, cikgu selalu bg nasihat yg berguna ;|

Kadang2 kan, aku pelik dgn situasi aku ni. Mcm semalam aku pergi buang sampah kat tepi lab, pastu aku pandang lah atas, saje je, takde niat ape pong and that time dia tengah turun. Dalam hati, 'eee geram betul lah. apesal aku bengong sgt ni pergi pandang atas'. kadang2 aku mmg takde niat nak pandang dia, tapi mata aku ni, taktahu ah. Kang dia perasan plak, aku ni syg dia lagi. OHHHH tidakkkkk! tu cerita lama-,- kawan je kot sekarang. Harap2 lepasni tak jadi lagi mcm tu. Aku taknak dia salah paham. Tu je. Aku rasa lagu kat blog ni macam kena je dooo ngan aku. Lirik dia yg ''Karna Sekali Disakiti, Pasti Hilang Sudah Cinta Itu Jadi Benci  '' Awww suka lagu ini :D
Ok masa untuk online, dah tamat. Sekarang nak kene study Mathematics <3


#Sometimes we play with love. But when the time comes and we realize we wanna get serious, love plays with us.

Sunday, May 15, 2011

Kuat berangan -,-

Hai :) Tak pernah2 update hari sekolah, tiboooo rajin pulak kan. ok sila gelakkan saya HAHAHAHA. ok dah. Update sikit je ni. Ok harini aku exam Addmath dgn PHysic. Perghhhhhh susah gila aku cakap. Maybe 1st time kot aku jawab paper 3. Aku rasa Addmath lagi banyak aku jawab dari physic. Duhh ni sedih ni, dahla addmath mesti lagi banyak salah dari betul. ok physic tadi mmg banyak aku tak sempat nak jawab -,- aku rasa salah satu sebab aku ni asyik tak cukup masa je sbb aku berangan dlm 15 minit, pastu aku baru jwb exam, haha teruk benor ;D

Ok sape yg dapat jawab, dah2 buat aku jealous. Kfine. Kami makin rapat wooo sekarang. Wooottt dekat FB semalam dia tegur aku. Cecece melompat lompat happy akuuu -.-

Friday, May 13, 2011

I'm weak -.-

Hai orang kampung semua. Saya selaku Tok Ketua nak bagitahu yang selasa ini kita akan bercuti sempena Wesak Day :D Sila lompat dgn gembira. Haha ok dah dah , haha ade mcm cara Tok Ketua tak tadi aku cakap tu -,- Tak? OK Fineeeeee la. Aku geram ni tahu tak tahu tak tahu tak. Errr -,-  Aku sangat geram sebab dah dua hari blogger tak leh bukak. So tak bole nak update ape ape pn ;)

Minggu ni minggu palin stressssss. Tudiaaaaaa punya banyak 'S', mmg stress betul lah ni kan. aku stress sebab biasala, EXAM WEEK lah katakan. Dahla Sekolah aku pakai format SPM katanya, gila mati aku. Tak ikut mcm 1st term haritu. Aku rasa takde satu pn paper yg senang, TERMASUK lah jgk BM. Semua tough gila ah. Susah gilaaaaaa -,- berapa lah kan markah aku dapat.

BM : HAHA bm bagi aku dari dulu sampai sekarang, susah dia sama je. Dahlah tanya peribahasa apetah, haha aku pergi hentam merepek yg bkn2. Sorry cikgu :D Tapi rumusan, aku buat betul kot tak macam 1st term haritu, aku salah format bhahahahha :p

BI: Subject ni mmg buat aku gelak sorang2. Ade ke dia tanya Ciri2 suami yang kita nak. Mmg tak bole belah.  merepek je aku jawab. Tapi essay dia BEST gilossss woi!Idea aku kemain banyak lagi ha. Macam2 aku cerita. Dia mintak pasal Friends kan. Mmg banyak lah idea aku.

Chemistry P1 & P2 : Wa cakap sama lu, SUSAH GILA BAB* Paper two, macam ap tah. Aku bengang sangat, experiment yg aku hafal tu, bila aku jawab, tetiba aku lupa. Sumpah nak nangis masa tu. Aku lupa. Err -,- Tapi selamat lah yg Structure Atom pnye Sejarah tu aku hafal. Full marks dia 15. Cikgu ckp Point nak lulus tu. HIHI XD. Kalau paper 1 mmg susah benorrr. Betul, tak tipu ni. Budak kelas Best pn ckp susah, ni kan aku yg kelas D ni. Mestilah lagi susah. Knp lah Teacher aku ni tak bagi lagi susah je. Boleh aku koyak je kertas tu -..-

Sejarah : mmg gempak lah wei sampai aku tak sempat nak jawab. Esei aku sempat jawab 2 soalan je. Yg lagi satu tu separuh je. Struktur? tak payah cakap la kan. Mmg banyak aku tinggal. Mcm failed je aku rasa. Tapi alhamdulillah kertas 1 aku boleh jawab.

Okay next week semakin banyak subjek yg mencabar aku ni ha -,- so kena banyak kan study ni . Ok WISH ME LUCK KAYY . Ok harini nak pergi library. Belajar dgn Nur Syuhadda <3

Sunday, May 8, 2011

My cheerful life WITHOUT you ♥

Assalamualaikum semua ;D Harini aku mengupdate lagi. ahha mesti korang polak aku pnye entri je keluar dekat dashboard korang kannn? haha biarlah kan, aku nak update jugak. Tak kiraaa lah kau kata ape punggg. SEBABnyaaa pasni MAYBE, maybe tau, maybe aku tak update selama tiga minggu -,- Nak tahu kenapa? haishhh mestila sebab aku nak E X A M. Tau tak exam tu ape? ha. kalau tak tahu kau pergi lah selak kamus kau yg tebal. Dah berhabuk dah tu, tak lama lagi kang spider buat sarang pulak kang :/ \ okay stop merepek/

Okay perhatian perhatian perhatian semuaaa. haha minah ni suka tau buat kecoh. Hihi aku nak cakap, mulai selasa ni, kepada sesapa pelajar SMKAJ yg berumur sama dgn aku, akan bermulanya exam. Ecehhh formal ayat saya. Saya kan dah master BM, bapak poyo ayat, ok maaf. Buat pertama kalinya aku akan ambik exam sampai 3 minggu, mak aiiiii gila lah lama ;( Tak pernah kot aku rasa camni. Cuti 3 minggu pernah lah, exam mmg tak pernah lah kan. 

Honestly, aku mmg tak ready langsung. MEMANG TAK READY ! aku rasa macam ape jeee tetiba sampai ade paper 3 bagai. Essay tu la essay ni la. ingat aku ni pandai sangat nak buat semua tu, mmg tak lah. Takkan nak ade warna Encik merah lagi kot, huuuuu aku taknak ! Physic dgn Chemist ade paper 3, essay! peewit bapak best. mmg senang nak bg aku failed jo haaaa. Soalan struktur pn blum tntu aku boleh jawab, ni nak jawab Paper 3. mmg terburai jugak isi isi aku ni. Mulut cakap takot tak ready, tapi tangannya aku tak mula lagi usaha semua tu. Ape nak jadi, aku tak tahu la =.=

Semalam Syaff, sarah dgn Tasya dtg study dekat rumah, banyak lah jugak kami study. Aku pn dh paham banyak dh akaun bila buat study group semalam. Thanks mygirls sebab banyak ajar aku semalam <3 kita semua samasama dah taknak ade merah lagi kan, ok kita berlima kena usaha la kan. yeaa kita boleh. 

Today is Mother's Day :) I'm happy because i still have mom <3 I LOVE mymom, thanks for care about adik
!


Friday, May 6, 2011

B U S Y

Aku terkena penyakit  S E N Y U M ;)

Bila tgk dia sembang kat tepi tingkap dekat tempat duduk aku, then dia senyum. Ok im melting-,-

Minggu ni mmg P E N A T laaaaaa ;( Isnin je aku tak penat, sbb Cuti kan? Selasa. Balik lambat. Rabu. Balik lambat lagi. Ade kelas Fizik. best tapi cuma penat. Khamis. Ade kelas dgn Rabiatul. Jumaat. balik lambat. Pukul 5 baru sampai rumah. Ade kelas Chemistry pulak. Errrr -.- penat

Kawan2 saya kelas Bestari, ckp saya dh banyak berubah. Errr terharunyaaaaa diorang nampak perubahan aku. Ye aku berubah nak berjaya, Sejak aku buang diorang dari fikiran aku, aku semakin bertambah semangat nak belajar. Alhamdulillah :)

Aku nak exam dh selasa ni. Baru sikit buat revision. Aku harap sangat takde lagi F A I L E D. aku akan cuba sedaya upaya. Aku kena usaha.

Sekarang malas gila nak topup HAHA Bila pergi sekolah, aku asyik kena marah ngan diorang ni sbb tak reply mcg diorang.

Ok bai. Tomorrow, i'll having study group with my BFF, Tasya, Syaff, Sarah, Ida ;) So, kene la tido awal.