Wednesday, December 28, 2011

The best holiday ever!!!

P/s: PERHATIAN!!! NI POST LAMA. BARU DPT POST SEKARANG SBB INTERNET MASALAH. 

Ehem. Hihi lama tak update blog kan?Last update 21 december-Wednesday. Sekarang? 28December. Ahah. Lama tak lama la kan. Nak dekat seminggu kan? Bukan malas tapi masa tu busy mengahbiskan saki baki masa di kampung. Hehek. So sekarang bila dah balik sini, baru lah boleh update.


Tu jambatan Pulau Pinang!! Haha k semua orang tahu tu.Rindunya. Bila boleh balik kampung lagi pn entahlah. Sebulan dekat sana, bila dah balik sini aku rasa cm janggal sangat. Haha. Sampai bila masuk rumah sendiri pn aku cam pelik sangat. Rasa mcm diri ni ada lagi kat Penang. Ada dengan kawan2 baru katsana, sepupu semua tu. Tapi sebenarnya aku dah pn sampai kat rumah. Haha.

Masa nak balik tu, rasa macam-macam rasa. dengan beg yangsarat cm bertahun punya barang. Selamat mak tak cakap apa-apa bila beg penuh bonet. Haha. Teringat lagi, masa hari sebelum balik nak kemas barang, alahai rasa sayu je. Nanti takleh naik motor ronda kampung, nanti petang2 takleh main uno dgn diorang. Uh emo nya kau Nadia HAHAHAHAH -,-



video



Ok ringankan lah tangan tekan play kat video tu k. Video ni pasal kenangan2 aku tinggal sebulan kat Penang. Video ni dah express segala feeling aku. Suka sedih semua ada. Tengok-tengok lah aaa. Berterabur sikit kot. Hm Ye la percubaan pertama. Lagu pn aku main sumbat je ni hehe :p

Satu lagu ucapan, terima kasih kepada followers2 semua yg dah follow since aku buat blog tahun lepas. Kiranya dah 2 tahun. Yang blogwalking semua, aku ucapkan terima kasih sangat.

Wednesday, December 21, 2011

kami S I H A T

hai saya kembali lagi dalam rancangan remaja sihat keluarga sihat. K tetiba merepek.


Nak tahu tak jumaat lepas, kami berempat pergi jogging pulak. Memang macam-macam aktiviti lah kitorang buat. Kalau tak makan, mesti jogging, takpun ronda naik motor. Kalau jogging makan jogging makan, bila nak lemaknya dibuang? HAHA aku pn taktahu.

Selalunya kalau kat rumah aku, aku biasa pergi jogging pon kat Taman Tasik Titiwangsa!!! Park dia besar gila. Best jgk jogging katsana. Selalu pergi dgn bestfriend aku syuhadda hehe. Kitorang akan borak-borak sambil jog tu cuci mata la hihi. Pastu nnt ada boat tau mcm banana boat pn ada jgk, selama aku jogging takpernah aku naik lagi. Teringin pn ada wuwuwuwu ~_~

Tapi kali ni aku jogging kat kampung aku je. Tepi laut best gak. Tapi jogging cakap je lebih. Banyak jalan je. Haha aku takleh kot, lama gila dah tak jogging, then bila nak jogging balik mesti mcm ahhhhh semputtttt.... Acanneh lah tu kan nak buang lemak yg bermaharajalela tu -.-

 
                                                     Terserlah ke-over-an aku hahahahaha



Haha Nadia Nadia. Muka takleh blah. Sape ni sape ni HAHA.


                                                                  YEAH, ini lah mereka.

Nampak atas tu. Mana kami jogging sangat, haha makan angin je lebih. Lepastu conteng-conteng tulis macam-macam lah. Nak tgk. Dipersembahkan jeng jeng.....




Alaaaa salah letak..

                                             
                                   Sepatutnya ni dulu. Malas plak aku nak remove balik. Biar je la.

                                             
                                               Semangat diorang ni. Untunglah. Aku lg setahun.

Masa balik tu, penat gila kot. Dengan berpeluhnya lagi. Muka pn dh mcm burn kulitnya. Aku ni dhla dah gelap, kalau burn ha mmg gelap lah lagi haha. Bawak sunblock tp takpakai, apa ke-sengal-nya aku ni -.-

Balik tu singgah kedai, beli roti sbb cik fizah nak buat Scrambled Eggs. Sedap dia buat, mcm nak rasa lagi je. Ini serious tak tipu. Hehe. Tpi gambarnya takdok. Gambar ikhsan dr google adela. ni lah dia ni lah dia -->


Sebelum terlambat, nak ucapkan Congrats kat Junior 96's yang dapat result cemerlang. Tak kira lah 8A ke 7A ke 6A ke 5A ke 4A ke 3A ke 2A ke 1A ke, bersyukur apa yang kita dapat. Itu usaha kita. Yakin dgn diri, cuba lagi spm! Nanti bila dah f4 mesti rasa mcm '' uih pmr senang je, knp dulu aku tak buat betul-betul'' haha tu la yang aku rasa sekarang.

Assalamualaikum.

Tuesday, December 20, 2011

Click clack away!!!

Hai update lagi. Hihi post lama ni. Post ni dah masam dah aku simpan. Ini khamis lepas punya cerita. Haritu takda masa nak post. Ok ni baru ada masa. Tahniah dekat saya sebab berjaya melancarkan post ni k tetiba.


Harap maklum post ini masih mengekalkan tema makan ye kawan-kawan haha! Sebab aku sekarang kat penang, kat penang kan makanan semua mmg sedappp!!! Sebab tu post aku asyik makan makan makan. Saje nak buat korang terliur hehe :|


Khamis lepas. Aku, cousin, dgn kawan dia lunch dekat PappaRich. Ini nak kata breakfast pon boleh jugak. HAHA sbb pagi tu dah bangun lambat kan so mcm biasa pakej dgn lunch sekali jimat duit. Faham tak? JIMAT DUIT JIMAT DUIT JIMAT DUIT -_- tapi pemboros kdg2 . K kdg2 je. Tak selalu. Sebenarnya lama dah weh nak makan PappaRich tu. Dah alang-alang ada dekat ngn kampung aku, apa lagi makan lah kan. Rugi ah kalau tengok je tengok je kan.




Selepas sampai ke tempat yang ingin dituju, maka kami terus membuka langkah masuk ke kedai. K ayat dah mcm buat karangan bm. Lepas dah dapat tempat duduk.Sembang2 jap. Pastu Waiter nya pn dtg! Nak waiter hensem2 boleh yg amek order? Haha gatal gila woi. Ha lupa nak cerita!!! Masa sampai katsini, aku sangat pelik. Sebab takde bell. Selalunya ada bell kena tekan baru waiter tu dtg. So macam pelik macam jakun semua segala macam aku ada. Nak tengok tak kami makan apa heng jeng jeng *tutupmata* 

Jangan bukak sebelum aku suruh bukak hihi
'



Bukakkkkkkkkk! Yeay *mcm lah tutup sgt.



Ni nama dia Nasi Ayam! Sedapppp! Nyum! Sebelah tu Air Chocolate. Dijamin taksakit perut hehek.



Ni nama dia Nasi Goreng taktau nama. Aku dah lupa hehe! Nak tau sedap ke tak tanya lah orang yg makan tuuuuu!! Hehe!

Lepas dah habis makan semua, kami gerak ke Queensbay Mall. Tak shopping pon. Kitorang cuci mata jeee! hehe. Cuci mata pnya cuci mata dapatlah jugak satu gambar abg Padini hensem!! Rambut dia wow kot!


Heheheheheh :p


Dah balik dari Queensbay, pergi lah duduk tepi laut jap. Lepak2 makan Auntie Anne's!! Tapi pahit semacam. Hangus sikit kot kot lah. Haha dah duduk situ, view pon cm ok lah cantik jugakkk!!




Habis tudung gerbang-gerbang! Jangan tercabut sudah haha. Memang berangin kat situ. Rasa sejuk je. Fikiran pon tenang. Mai la kampung saya!!! Syokkkk tawww!!!!!


Ok sampai sini jela. Banyak sangat dah cerita ni. Hehe. Saya nak ucapkan terima kasih kat kawan2 yang baca lepastu bagi good response :*

Friday, December 16, 2011

Precious day :']

"Entah mengapa engkau yang aku cinta,mungkin lebih baik kau ku lepas saja" Hm hm pasni bukak je dengar lagu ni. Nadia suka letaklagu nak nangehhh cepat belasah diaaaa. Gedebushhhh >,<

Sebenarnya post ni takde kena mengena pon dengan apa yang aku nak cakap tadi. Hihi. Saje buat gempak. Kang belasah lagi sekali baru tahu dia ni. Saje je tulis lirik separuh tu sebab  baru letak je kat blog. Ah kau ah ah ah baru letak pon nak kecoh. Heee peace weh (Y)

Ah sudah opening pon dah panjang berjela. Takleh panjang lagi ke? ok takleh.

Sebenarnya nak cerita ni, rabu lepas kan, aku dengan sepupu aku keluar pergi ke Queensbay Mall. Pada mulanya seperti yang dirancang, ada kawan dia sekali. Tapi kawan dia takdapat join. so that kami keluar berdua. Berdua mesti bosan? Taklah. Best jugak. Kitorang tawaf satu mall tu. Haha. Shopping sakan habis.


Like seriously mall ni besar juga. Tapi aku belum pernah sesat lagi lah haha. Lepas dah ronda mall ni, survey baju baju. Biasala kan aku, dah survey sana sini. oh kedai ni. eh tak kedai ni. Eh tak lah kedai ni. Tu lah kepala otak aku pnye dok berpikir. Untuk mengelakkan tension nak pilih baju mana, so kami membuat keputusan untuk berehat sebentar bersama kit kat. Eh bkn  bkn kit kat, kit kat mana kenyang!! haha. Kami makan Pizza Hut!


''Ku menunggu bila nak hantar pizza di atas meja ku, tak akan ku ganggu kau dengan kerjamu, tapi tolong hantar cepat sebab aku lapar.''

Pizza tak sampai muka boleh senyum lagi tu haha takleh blah. Yang jadi Waiter dgn Cashier pon alahai muda gila kot. Semua mcm lepasan SPM. Lepastu yg take order kami pon muda jugak. Ambik order tersenyum-senyum kat sepupu aku, aku dah hentam gelak kot tgk muka dia. Muka dia lawak sangat time tu. Bagi aku la.
Dah dia sampai kami pon order Meal for two person tu kan. Tak cukup dengan set tu, aku tambah dengan Chicken Bolognaise Spaghetti kot nama dia, hah aku lupa dah. Aku makan banyak, so mmg kena tambah makanan lain :D 

Selepas menunggu lamanya, berborak sana sini, sampai dah takde cerita nak disembang. Makanan yang diorder oleh kami pon sampai. Kami menikmatinya dgn penuh selera. Yummy yummmyyyy!!!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA. Aku tgk seniri pn aku dah gelak gila. Gelojoh sgt. Ish ish. Lapar sgt lah kot.



Lepas makan, mesti layan movie lah kan. So gerak pergi cinema tu. Kami tgk breaking dawn. Bagi aku sangat best! Edward Cullen look so cute!!! Dengan rambut pendek dia. Argh rasa nak mnjerit kotttt!!! Wedding Dress bella pergh cantik gila. 

Lepas tgk movie, '' TIME TO SHOPPING''. Masuk keluar semua kedai sampai lah puas hati. Dalam otak masa nak keluar ni, nak beli satu kasut satu baju. Tapi tapi itu semua hanya angan angan di siang hari. Bila nampak baju lawa sikit nak beli nak beli beli!!! Haha sampai lah tak sedar yang aku dah beli dua baju satu kasut. Dapat tau kat mak aku, hahaha habislah aku. Selamat aku ditinggal berseorangan di rumah sepupu aku dkt penang ni.

Dah habis shopping apa semua, dah 6 lebih. Duduk kat tepi laut jap, baru kami balik rumah. Seriously penat gila. Balik rumah kaki cam kejang pon ada haha. Malam tu mmg aku tidur awal lah. 

Tuesday, December 13, 2011

Indahnya...

Semalam kan......

Kan.....

Aku rasa.....

Aku makan...... banyak....

Eh bukan banyak...... Tapi sangat banyak -.-


Hikhik....

Semalam perut aku mmg kenyang sekenyang-kenyangnya lah kot. Bangun pagi dah lambat so pakej dengan makan tengah hari hiwhiw :3 Bangun je sepupu aku kata kita makan tengah hari dekat luar *mukahappy* Makan nasi kandar weyyyyy! Muahahahhaha. Mana nak dapat sebegitu sedap cm dekat Penang ni.

Lepastu pulak, petang kitorang gi jalan jalan cari makan lah jugak hehehe :3 Teh dengan Makteh bawak pergi makan pasemboqqq! Pergh sedap gilaaaa weyyyyyy! Sedap dari Pizza Hut ataupun Tutti Frutti kegilaan ramai tuwww. Tak percaya? Datang lah sini meh kita toraiiiii sama sama.


Nampak sedap kan? Yeah. Ehh tak sedap? haha pedulikkk.

Rasa nak datang lagi je tempat ni. Macam syurga makanan pun ada dah. Bukan setakat yang atas ni je aku makan, kitorang semua order Sotong Kangkung. Sejujurnya pertama kali aku dengar nama makanan ni dan semestinya ini kali pertama aku makan. Sangat sedap. Nak tgk cemana rupanya? k k nak tunjuk ni *tutup mata semua*.... jeng jeng..... Surpriseeeeee *bukak mata*

Alaaaa takde pulak gambarnya. Hikhik. Sebenarnya ada kat gambar atas tu. Sekali dengan ABC tu kan ada cm sotong tu. Haaaaaa tu laaa. Paham tak apa cuba aku explain? Paham bagus. Janganlahhhh tak paham. Tak reti nak explain dah ni. Sebelah sotong kangkung tu namanya sotong bakar. Hm. Ni bagi aku tak berapa sedap hahahah cm pahit semacam je.

Okay lepas makan mestilah kenyang kan? Banyak gila kot. ''Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati''.  Perut pun dah kenyang. So masa untuk berjalan jalan lagi lah kan. Tempat seterusnya kami pergi Straits Quay. Tempat ni view dia cantik sangat. Tapi cuma bila tangkap gambar dapat gelap grrr yelah aku pakai kamera zaman tok kadok je bukan DSLR hakhak :3









Hm k maaf terlebiih sudah aku tarok gambar hekhek! Tapi time ni mmg cam gila kot asyik nak bergambar je, tempat dia sangat cantik. Lepastu dengan sejuk lah semua. Plussss,  banyak bot-bot besar.

Cukuplah. panjang lebar dah bercerita. Sebenarnya kan aku rindu kat abah. Nak dekat 2 minggu tak jumpa. Walaupun aku happy kat sini, enjoy je sana sini. Tapi kadang2 bila abah call aku rasa cm nak menitiskan air mata je. Even abah call hari-hari pun aku rindu sangat. Bila tengah cakap ngn abah, dalam hati ni ya allah sebak je rasa.aku ada lagi 2 minggu kat sini. Tapi aku rindu sangatttttttttttt! Kalau dekat rumah, mesti dah tengok bola ngn abah. Dekat mak pon, aku rindu jugak. Seriously aku rindu sangat nak dengar mak marah-marah sebab aku asyik online facebook, tengok cerita korea jee keje lepastu bila mak suruh menyapu mesti aku cakap '' otw mak'' ''kejap mak, lg 10 minit settle semua'' lepastu kalau takbuat sepanjang hari lah mak marah. Lepastu kalau tlg mak masak kat dapur kalau tak perang mulut mesti tak sah. Rindu sangat semua tu. Bila kita jauh, baru aku rasa yang mak dgn abah adalah orang paling berharga yang takde pengganti. Mak dgn abah lah org yg selalu ada kat hati aku. Sayang mak dgn abah :/ Tak sabar nak balik sana!

Alamak post tersedih pulak adoiiiiii maaf maaf.
Argh tak sangka sampai mengalir air mata buat update pasalni. Sampai cousin aku tegur asal aku menangis. Eee malunya hakhak.

Sunday, December 11, 2011

Lololololo :p

Assalamualaikum pembuka bicara. Alahai sopannya... *mukamenyampah*

Ekceli lah kan nak cerita, aku dah mula show blog aku. Sebelum ni aku diam diam je ada blog ni. So aku buat keputusan nak letak link aku kat website fb tu. Kalau baca tu baca jelah, jgn banyak songeh nak cakap macam2 k. Aku gedebusshhh hiyakkkkkkk kau kang. Aku garang tau. Cuba buat aku marah. Lebam sebelah mata kau kang. K joke.

Harini tak pergi mana mana pn. Tsk tsk sedihnya.. Syok je orang upload gambar holiday sana sini.. Jealous kitew :(  Aku duduk kampung hadap buku je. Tapi takdelah 24/7 menghadap pn. Kalau gitu menghadap je, balik rumah sana mahu biol otakku. Alahai tujuan utama duduk sebulan pon sbb nak revise balik topik form 4. Lagipon katsini aku ada FREE private tutor. Hikhik. Bertuahnya :) Dia baik. Suka bawak aku ronda katsini. Pastu kan dia kan bawak aku tgk movie. Yeyeh.
Ni lah ai punya private tutor. Dia baru habis spm :D


Tadi lepas online fb pukul 8 lebih. Dah mandi semua maka bermulalah misi spm 2012 kekekeke xD Misi lah sangat. Merepek ja banyak. Hakhak. ehhh gelak takleh teghukkk lagi ke wey nadia :\ k gelak sopan sikit hihihi



Dalam banyak banyak subjek, addmath jugak jadi pilihan hati nak revise untuk malam ni. Walaupun susah tahap dah tak bertahap ni, aku gagahkan jugak lah menyetadi semua ni dengan bantuan private tutor aku a.k.a sepupu hahaha :p



Bila dia ajar Topik Differentiation dgn Solution of triangle. Wargh, blanknya lahai otak aku -.- Takpe sikit beljar sikit, biar ilmu masuk sikit-sikit. Dari tak masuk langsung. Sbar sabar. Lepas dia tunjuk semua tu, ok try buat sikit-sikit. Mana takpaham baru tanya. Masa tu mata mulalah menguap lah ngantuk lah. Lepas asyik menguap je aku tutup buku terus. Haha. Dalam hati '' Esok lah sambung. Mcm nak tidur je''


Hm.. Hm.. masa buat latihan log pn dah mcm gila sikit kot haha over tu. Dah mcm  pening gila2. ini pulak buat 2 topik yang agak susah. Agak pening jgk. Lepastu slow sikit otak ni nak terima apa yang aku cuba paham hihi.


Lepas study semua kononya yang nak tidur tu hahaha memang kelaut lah tu wey. Bila dapat phone dapat laptop, mengantuk semua hilang. Kalau pegang buku, tidor pon dah ckup boleh dah haha.  Acano nak eshhh peee emmm niii. *takpe lambat lg. Kepala hotak lah lambat. Kejap je jadinya nnt.

Bila habis update semua ni dalam 2 pagi. Cousin aku yang ala ala ala a.k.a private tutor yg free tu kan mula bertanyakan soalan :

Her: Bila dah 2 lebih ni pulak mata aku tak mengantuk kan? *something like tht la

me: Tulah pasal. Kita ni patut duduk overseas kot hiwhiw :3

Sejak perants aku hantar duduk penang sebulan ni, aku rindu nak dengar bebelan mak aku. Walaupun kdg2 aku asyik tak dengar, tapi bila dah tak dengar selalu rindu pulak. Yay semalam lepas rindu call ngn abah. Lepas rindu lah sangat padahal bila katsini abah call nak dekat hari2 lah jugak. Mcm semalam makn tomyam pn nak bagitahu aku. Haha. Adik tahu abah rindu adik hihi xD Lepastu game liverpool start pon call aku lagi hahaha mmg rindu sangat lah tu.

Cukuplah kot. Mata mengantuk. Post terlebih panjang pulak ni. Adoi, nak delete balik kang mengahbiskan borehhh hoh update bebanyak gi delete balik. K Good mornight. Take care :3


Saturday, December 10, 2011

Hari Sabtu yang indah.

Saya bosan.. Seriously.

Hm... Semalam tidur lambat.. Borak macam2 dgn cousin.. Sampai terlelap pukul berapa pon tak perasan. Selalu kalau kitorang tidur lambat, kitorang akan lambat bangun bangun. Matahari pkl 12 dah terpacak pn, belum tentu saya boleh bangun. Teruknya nadia ni. Hewhew.

Tapi...
Tadi bangun awal gila lah jgk. Awal jangan nak gila sangat lah kan. Masa terbangun pagi tadi, tgk sepupu aku dah siap dgn madi segala. I was like '' awalnya bangun :O'' oh aku terlupa pulak masa tu yg nak pi kenduri pukul 12. Aku pn watlek je dulu, awal lagi. Hihi. Dah lama tu baru aku gi mandi.

Bila dh pkl 1 lebih baru gerak pi kenduri. Ala dekat bawah rumah je pon. Tu takde gambar apa semua tu. Dengar jelah aku merepek kay. Taknak ada pangkah kat atas tu, klik je. Masa otw nak pergi kenduri aku turun lah tangga, buat kali kedua aku terjatuh. EE buat malu ja. Harini selamat takde ssiapa nampak. Kalau mcm semalam oh my malu gila kot. Aku jatuh, pastu ada lelaki kat belakang aku. Selamat ah aku tak kenal. Flat Desa riang pnya tangga mmg dengki selalu ngn aku.

oh lupa nak cerita. Sebelum pergi kenduri tu, sepupu aku lagi sorang call barang yg mak aku pos dah sampai kat kampung aku.  Yeah cantik ah,dh nak dekat 3 hari aku tunggu, alhamdulillah baru sampai. Habis je kenduri aku terus pergi rumah mak long ambik barang tu semua. Naik balik atas, terus bukak barang tu. Haha tak menyempat kan.

K malam ni keluar lagi. Yeayyy *post ni bosan sikit. Sebab aku tgh bosan tggu cousin aku balik :(

Wednesday, December 7, 2011

Gurney Plaza, Penang.

Semalam....Tiba juga......

Atas tu saje buat saspens peewit weewitt xD

Semalam hari keempat aku di Penang. Penang adalah tempat yang paling tenang dan mengamankan bagi aku. Tak pernah aku duduk sini aku terbelit dgn apa-apa masalah. Aku sangat have fun gila kat sini.

Semalam aku keluar dalam erti kata lain hang out dengan sepupuku,Nurhafizin bersama rakan-rakannya yang lain. Amboi buat ayat skema bagai pulaks yeee kihkih takpayah nak skema sangat xD

K picture here. Let's enjoy it:D




Kami tengok cerita ombak rindu. Uwohh best gila. Sampai nangis mmg tangkap leleh lah kan. Tengok sampai 10 orang mmg gempak ah kan. Yang tak gempaknya tgh syok feeling, boleh pulak budak kecik baya umur anak buah aku boleh gi baling-baling popcorn. Ingat apa nak main darts ke budak ni? Sepupu aku bangun then terus jumpa parents bdk tu hahaha lepastu terus duduk diam bdk tu.


Hah percaya tengok ni kan gilaaaa panjang tiket wayang tu hehe then habis tgk wayang apa semua tak sempat makan sbb diorang ni kena rush pergi sekolah aku just follow je. padahal perut lapar gila weyyyy! masa tunggu bas pulak bapak lama bus rapid penang tak muncul-muncul argh panas gila kot. then takda pilihan lain naik cab ehemmm :\



Lepas pergi sekolah cousin aku kami pergi mall apa tah nama dia aku lupa. Yang aku tau kami makan kepcii kat situ. Ahhh nikmat gila licin aku makan. mmg lapar betul lah kan.

Haaaaaaa nakkkkkkkkk ceritaaaaaa niiiiiiiii. Semalam kan aku kan pergi kan pesta kan kat kan penang kan. k blah kau gedik haha nak kan kan pulak. oh my best gila. even penat gilaaaa tapi i had so much fun with my cousins dan blal bal bla. penat nak list semua weyyyy. Pandai2 ah pikir.



okay okay jangan dicari aku disitu. Mmg takde haha aku ngah buatpe tah masa tu tak sempat nak interframe. Pastu kan maa kat sana aku naik satu benda ni nama CHALLENGER bapak ah wei seram gila weyyyy! 

Tempat permainan dia lahai mcm kat Genting u. Pergh masa naik benda tu aku rasa aku dilambung lambung kat awan biru. betul tak tipu. Rasa mcm kena ayun rasa mcm jantung gugur semua ada. Apa yg aku mampu buat hanya menjerit nama cousin aku '' EJINNNNNNN AKU NAK JATUHHHH'' HAHA takleh blah aku jerit sampai nak hilang suara sampai keluar air mata kot haha lawak gila. Tak berani nak naik sgt nak tunjuk hebat konon. ye la masa beratur tu gila apa nak patah balik dah la budak2 je yg beratur belakang tu. Tgk muka cool je, aku pn bajet cool ah.

Cukup panjang post kalini haha udah udah ni apa sesat bahasa lain ni. Byeeee :D 




Tuesday, December 6, 2011

Wedding Day.....But not me...tsk.

Tajuknya wedding tapi bukannya aku.... Tsk tsk tsk. sedih. K jangan nak sedih sangat la kan haha

Hm hm hm. Nak cerita apa? Sedih ni... Bukan aku yang kahwin... Ha.. Ha...Ha

ok cukup lah berdrama dekat atas tu kan? Kang orang meluat pulak. Yang pasti post ini bukan bost jiwang y'all. Ini bukan post ditinggal lelaki bukan post cinta dikhianati ecewah dan juga bkn post putus tunang gataiii sekolah tak habis lagi Nadia. Hewhew.

Ok tapi post ini berkaitan sebuah wedding yang indah lagi bahagia ecewah ayattt puitis lagiiiii kau nadia.. Sudah sudah sudah jangan diingat lagi jangan diingat haha tetiba...

Lari jauh dah topic ni. ok sabtu lepas pergi wedding dua sepupu mak aku punya anak. Anak dia lelaki. Kahwin. Isteri dia cantik. Mcm siapa? Mcm aku lah. BHAHAHAHA blah lah kau perasan gila woi. Wedding ni dekat Penang. Tempat dia takmacam wedding yg selalu aku pergi tau. Dia mcm dalam taman pn ada mcm cafe pon ada haha aku pon taktahu. Makan dia weyyy boleh tahan sedap lah jugak. Ada cendol ada laksa mmg nikmat ah kan perut aku.