Sunday, July 31, 2011

Ehhhhh puasa dahhhhh ^^

Assalamualaikum :)
Salam Ramadhan yang bakal tiba.
Cepat sungguh masa berlalu kan? Rasa mcm baru masuk sekolah bulan January. Baru je pakai kasut baru. Baru je pakai beg sekolah baru. Rasa baru je nak pergi dating. Rasa baru je nak jejak kaki dekat kelas Dedikasi. Semua rasa baru. Padahal dah enam bulan baru. Hambikkk kau Nadia, baru nak sedar sekarang. Haha sengal =.=. Ok sebelum menjelang bulan puasa ni, aku dah makan puas2. Hikk :> Mana taknya aku makan sampai 3 ke 4 coklat dalam satu minggu ni. Ye ah taknak kempunan punya pasal, baik kita makan awal2 ni kan.

Semua rasa macam tak sabar kan nak sambut puasa. K aku pun. Aku tak sabar nak puasa tak sabar nak tarawikh tak sabar nak tadarus dgn family tak sabar macam2 lagi lah. Hikk :> PAdahal bulan ramadhan kena banyak sabar, yang aku ni banyak tak sabar pulak kan. Bulan Ramadhan kan bulan yang paling mulia kan? Org cakap kena manfaatkan dan banyakkan beribadat. saya harap saya dapat sempurnakan ibadah ni dgn penuh kesabaran. Dekat bulan puasa ni jugak saya nak tebus semua dosa yang saya lakukan sebelum ni. Kemunculan bulan Ramadhan ni jugak banyak menyedarkan saya pasal Dosa Pahala :) Bila fikir, mmg banyak dosa yang kdg2 sengaja kita buat. Saya harap lepas apa yang saya sedar ni, saya takkan ulang lagi. Saya harap jugak tahun ni saya tak tinggal tarawikh.Insyaallah.

Dan saya harap jugak, jikalau bulan puasa ni kan saya diuji dengan ujian yang berat, saya boleh kuat hadapinya. Semoga saya dapat hadapi semua tu dgn hati yang tenang. Taknak ceroboh mcm selalu. HAHA. Bila dah masuk bulan ramadhan ni, tak dilupakan jugak hari lahir saya yang bakal tiba. 14 ramadhan. Tak sabar menanti saat itu. Semoga aku dipanjangkan umur untuk menjejakkan kaki ke tarikh yang sgt bermakna itu :)

Last, SELAMAT BERPUASA YE SEMUA :p

One year, Bestfriend :) Thanks.

Never start today with the broken pieces of yesterday!

Saturday, July 30, 2011

Abang handsome :P

Baca tak? K ni statement paling gatal aku pernah buat. HAHA seriously abang tu handsome giloooooooo. Tak terkata aku. It was like first sight love. Bila dia senyum, boleh pengsan jugak kat situ. Sampai kan aku boleh terlepas topup dari tangan aku bila pandang muka dia. And plusss dia shift malam. Mmg setiap kali tuition lah aku pergi situ kan nak tgk muka dia punya pasal kan. Paling tak bole belah kan aku dgn Dadda sanggup nnt setiap kali tuition kami akan pergi situ. Suka punya pasal. Hikk :> kami berdua akan berubah gila sikit bila nampak abang tu. Bila dengar suara dia kan, woahhhhh COOL gila okay. Dadda! He's mine okeyyy! Haha berebut habis kitorang. Hikk :> Harap dia takda awek lagi awww. Tak sabar nak jumpa dia lagi k peace:>

M. I miss you boyyy :O 3 days. No text from you. Huargh!
  Semoga awak boleh jawab k exam nanti. Rindu awak. Wo Ai Ni :p
You were so hot when you started talking <3

Usaha yang tak seberapa :O

Di malam yang tak berapa nak malam. Di pagi yang tak berapa nak pagi. Di petang yang memang tak petang. Aku mula mengumpul idea untuk post terbaru. Mungkin kini mood aku dah kembali selapas memakan coklat. Habis. Tak tertinggal sesisa pon. Dan aku mula berpikir, mana aku nak korek duit beli topup. Sebab duit aku habis kesemuanya hanya kerana coklat. Imagine. Aku ada rm10. Tadi aku pergi beli 3 chocolate. Duit aku ada berapa ringgit je sekarang. And now, chocolate pon dah habis. Mana nak dapat duit kan -.- Dahla bulan puasa ni, abah takbagi duit. Sebab puasa kannnn bukannya pakai sangat. Kalau urgent baru mintak. Tapi kalau mintak sbb topup mmg tak dapat ah kan -,- Topup ni satu hal. Lagi satu pasal exam. Memang buat aku risau lah. Entah berapa result aku dapat. Jawab pon mcm nak taknak jawab. Selalu orang buat ulasan sukan, ni prof tak berapa nak prof ni nak buat ulasan exam. Let's read what I write :)

BahasaMelayu ; Alalalala bestnye semua soalan dia. Best sangat sampai rasa nak koyak pon ada. Heh =.= Siapa suruh time BM cikgu suruh buat kerja, aku makan. Mana ilmu nak masuk betul2 kan haha. Ni la padah kuat makan

Akaun : Soalan senang? Mukabuku kau lah senang. Naik meremang jugak aku jawab. Aduh =.= mengeluh je kerja masa jawab. Dalam hati, kenapa aku tak buat latihan. erghh susahnya. Then last2 aku tak dapat jawab sangat. Bayangkan ada jurnal Am, khas dgn Buku tunai. WTH aku kenal settle semua tu dlm masa satu jam lebih. Terjun perigi lah cenggitu gamaknya. Awat susah sangat hai. Aku sempat jawab jurnal Am dgn Buku tunai. Tu pn belum tntu dpt markah penuh -__-

ModeMath:Alhamdulillah :D Mungkin aku boleh jawab mungkin tak. Tak berapa confident. Banyak careless mistake. Yang Y-intercept aku tak sempat jawab. Frequency polygons aku buat silap sikit. Entah berapa aku dapat -.-

English: Okay okay lah. Summary problem sikit. Berapa dapat, pasrah je lah -.-Jangan ''dia'' tu hilangkan kertas aku lagi dahlah. Mmg dapat maki bertapak tapak lah dari aku nanti

Sejarah: Weeeet Weeeet harap kali ni aku lulus lah. Sbb kan kan aku mcm boleh jawab je exam kali ni. Selalunya hentam je yang lebih.

Physics: -...- Aku taktau nak cakap apa dah. Bukan setakat susah. Ni tahap paling susah dah. Redha je la dpt bape.

Agama: Boleh jawab KOT


Addmath: Ting Tong Ting Tong. HAHA Lulus tu mmg lah teringin, tpi latihan asyik buat last minute je. Dahla depan tv sambil tgk bola pulak tu. Entah boleh jawab ke tak. Tapi aku berjaya jugak tak kosongkan kertas tu. Aku tinggal dua soalan haha. Tapi aku yakin yang semua aku jawab tu bkn lah betul sangat. Tapi takpelah, at least aku ada usaha :O

Chemistry: Masa dapat paper tu, nervous lah jugak. Lamalama tu, k boleh jawab jugak sikit. Cuma section C aku tak sempat nak tulis apa yang patut. Aku sempat lukis je. Dahlah 20 marks. Oh Myy.

P/s : Saya nak ucapkan terima kasih dekat Sarah sebab setiap 4 pagi masa exam ni, dia kejutkan aku untuk belajar. Thanks kawan. Dgn bantuan dia jugak, aku boelh study apa yang patut :S

I'm learning that just because someone doesn't like my decision, doesn't mean it's the wrong one

Friday, July 29, 2011

Semangat tak semangat =.=

Hikk :> Update lagi. Bosan. Tak tahu nak buat apa. Balik sekolah. Mandi. Tengok princess hours hensem :P. Makan coklat. Online. Tidur. Online. Tengok TV. Online. Kbosan.


K nak cerita ni. Sebelum terlambat kan, nak ucap tahniah dkt Malaysia, eventhough kita kalah -.- Tapi kalah bermaruah.  Tak perlu nak berlakon. Tapi rasa tak puas hati sbb takda Safiq Rahim. Dia kan dah kena kad Merah :\Defend pn tak brapa bagus. TAPI Player Malaysia mungkin dah cuba sehabis baik, tapi bukan rezeki diorang. I'm proud to be Malaysian.   Takpe, Olimpik ada lagi. For sure diorang akan buat terbaik masa tu. I hope so. And And And WOW Muslim I dah botak laaaa. Heee apa comel sangat style baru dia, gugur jantung tau. Nasib sempat ambik, gam balik jantung ni tau wak. Ktipu. Rindu ah rambut Muslim yang menarik perhatian tu. Dulu kalau tgk bola mesti suka tgk rambut dia. Kan best dpt tgkap gambar dgn dia, mmg aku tak lepas lah kalau ada peluang mcm tu. 

Dahlah esok tu ada Exam Addmath dgn Chemistry. Hikk :> Bijak tak bijak kan, dah tahu ada exam esok tu, boleh lagi layan bola. Lepastu sambil tgk tu, boleh lagi aku buat latihan dpn TV. Selamat tak kena marah. Klau tak, habis aku mmg kena ah kan sebijik. !st half tgk bola tu boleh habis satu bab Indices and Logarithms tu aku buat.Saya sangat suka bab ni. Mana taknya, aku tunggu tak gol gol pon. So dgn semangat wirawati aku ni, aku pn buat lah habiskan latihan, lepastu 2nd half baru aku focus betul2 tgk bola :O

Nak bagitauuuuuu, saya tengahhhhh happppyyyyyy niiii. For the first time, saya pakai jersey Malaysia. Bangganyaaaaa saya :D Saya ada jersey malaysia, k saya tahu awak jealous, nnt saya bg pnjam k HAHA :p

Currently watcing comedy romantic film, 27 dresses :]

It was easy for me to say goodbye, but it took forever for me to really mean it.

Thursday, July 28, 2011

Unprivate :O

 Ting Ting Ting long time no post. Hellooooo semua bapak bapak ibu ibu kakak kakak adik adik. K stop merepek. Kau tak rasa annoyed gila ke haha k stop. So aku buat quick update je ni k. Isnin sampai jumaat aku sekalikan dlm 1 post.

Isnin: Absent. Ponteng. Skip. K semua ada. Haha. Actually pergi klinik sebab aku ni tak elok2 lagi. Selamat lah doktor tak bagi MC. Kalau tak mmg bosan lah aku hari selasa. Bila malam tu, Sarah call. Hoyeah rindu aku lah tu kan. Soalan pertama dah tanya kenapa aku tak datang. Terharu tau tau tau. Kgedik. Borak sampai nak dekat setengah jam. PAstu dia cerita pasal yg ada event kat dewan pasal Clean and Clear. Oh myyyy best gila kot! Rugi gila aku takdatang. Dpt free pulak tu pencuci muka. #kjealousgila

Selasa:Kpergisekolah -.- Best tak best lah. Cuma takot gila pasal nak exam esok tu Akaun. Cikgu pn dah takutkan cakap susah lah. Cakap soalan tu tak senang cam latihan yang selalu. Aku rasa nak menjerit tak taknak ambik exam tauuuuu! Tapi tapi yang bestnyaaa kan, saya bawak Mcd Breakfast :p Saya share makan dgn kawan2. Heee best gilaaa. Favourite aku pulak kan makan Hotcakes/Pancakes tu kan. Ataupun abah saya panggil lempeng :O Hekk kalau makan sorang kan sangatlah tak best tapi bila share dgn BFF, seriously best gilaaaaa :> PEtang tu stay. Agak rimas jugak. Sebab aku tetiba sakit tekak dgn batuk. Lepas makan je petang tu, aku terus batuk tak berhenti. Sebab pedas kan. Rasa sesak je tekak ni. Dan selamat dekat tempat kami makan tu ada kedai jual sweets. Penyelamat. Lepas makan sweets batuk aku dah kurang. Alhamdulillah :>

Rabu : Examoooooo :p Sumpah tak best gila and unfair gilaaaa !!!!!! Entah kenapa form 1,2 dgn 4 je ada exam. Macam apa je -,- tak ready lagi. Baru dpt result mid term ni dah exam lagi. Stres betul ler. Sebab exam jugak lah aku terpaksa cancel nak tgk bola. Alaaa tak dpt tgk muslim :( Penat je plan dgn Dadda. Takpe lah lain kali mesti ada chance lagi. Hopefully lepas ni kalau ada lagi, tarikh game tu tak sama dgn tarikh nak exam. #Kmogoktaknakbacabuku.

Khamis: Menahan sakit hati. Bukan putus cinta. Tapi sebab jealous tgk org pergi Stadium. Fine, kali ni mmg aku takdapat pergi. Sebab exam. Ksabar je. Malam tu buat latihan Addmath sambil tgk bola hahaha :p Ye la, taknak miss lah kan Malaysia Vs Singapore. Rugi tauuu. Haha mcm exam tak penting pulak kan. Dahla ada exam Addmath dgn Chemist. Risau pn ada :\

Jumaat: WOHOOOOOOOOOO! Exam dah habis :P Hikhikm terima kasih ye cikgu2 kerana menyediakan soalan yang agak mencabar kesabaran saya. Tadi pergi bagi hadiah kat dia kat blok D. HAHA dia menjerit tgk hadiah yang saya bawak. HAHA jangan jerit begitu lagi, malu malu saya :pp

Khubungan kita makin lama makin jauh. Minggu ni tak text sebab aku exam. Minggu dpn kau pulak. 3minggu pulak tu. Haih. Pening kepala aku kalau selalu cmnih -.-

I'm not going to talk to you for awhile. I need you to miss me. I need you to appreciate having me in your life.

Friday, July 22, 2011

Gelabah :/

Okay sudah lama tak bercerita, okay let's story :p

Nak tahu tak nak tahu tak? Masa selasa haritu, aku dtg tuition awal sbb nak makan Char Kuey Teow dekat dgn tempat tuition. Heee dgn siapa? Takkan lah dgn boypren pulak, mestilah dgn Dadda. Tu dah mmg jadi tempat kitorang melantak sebelum masuk tuition. K aku bukan nak cerita pasal makanan kat situ, tapi pasal apa yang dah jadi kat aku masa tu. K k nak cerita ni ----->

Lepas dah cari tempat, Dadda pergi order makan, aku pulak pergi order air. Masa aku nak order air tu pulak kan, ada sorang ni tetiba panggil nama aku dari belakang. Aku toleh lah. Ada dua lelaki mcm umr aku jugak lah tgh makan. Bila aku pandang diorang buat taktahu, Ahhh sengal. Aku ni dahlah ada penyakit kalau ada lelaki yg aku tak kenal panggil aku, secara automatik penyakit gelabah aku ni datang. Habis kelam kabut jadinya. Mana tak nya, dari nak order 1 milo Ais dgn teh Ais sampai tersilap terus aku prgi order 2milo ais. Aku ni dahla tak pernah2 nak order milo Ais kan, terus tersalah order. Budak tu pnya pasal. Dahla masa dia panggil aku tu, kemain laju ha jantung aku ni dup dap dup dap haha xD

Lepas dah order tu, pergi dekat Dadda cerita. Haha dia gelak, aku ni kan memang dari dulu mcm ni. Kalau ada org tegur tetiba, mesti terus jadi tak tentu arah. Aku suruh lah dadda tgk sama ada kenal ke tak. Tak kenal pulak kan. Yang aku pelik mana pulak tahu nama aku kan, bknnya aku pakai uniform sekolah yang ada nametag =='' Haha biarlah

Nak bagitahu ni, Char Kuey Teow kat situ mmg sedap woooo. Kenyang sampai mengantuk dlm kelas chemistry heeee :] Haha masuk kelas kan, cikgu Chemist kat tuition ni mmg sporting. Aku mcm biasa lah dgn Bytes, Sambil belajar boleh lagi nak makan bytes. Oh yeah chocolate dgn Nadia mmg tak boleh dipisahkan ^___^ Sambil cikgu tu mengajar, sempat lagi dia mintak Bytes Chocolate tu kat aku. Hahaha xP

P/s: I just love the way you are :]

History changes. I'm going to change it

Jangan Pernah berubah :D


Lyrics here:----->

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu 
besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Meski sakit hati ini kau tinggalkan

Ku ikhlas ‘tuk bertahan


Reff:[*]
Kau meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata

Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

[**]
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Back to Reff:[*] , [**]

Tersentap sekejap tadi bila terdengar lagu ni kat satu blog ni :]
There is no winning or losing in relationships, it's about being on the same team, even when arguments turn you against each other

18-22 Julai 2011

Bila seminggu tak online ini lah jadinya -------->

Isnin : Takde yang best jadi pon. Sebab aku tak berapa aktif sangat kat dalam kelas. Yelah orang Puasa, kena lah duduk diam-diam kan. Masa akaun, aku tension habis =.= Satu apa takpaham. Cikgu ajar rush gila. Aku salin je walaupun aku takpaham. Dekat rumah baru aku pahamkan. Ok alhamdulillah, paham jugak. Malam tgk Juvana episod akhir. Best gilaaa. Omjayyyyy Daim handsome gilaaaa time ending tu heeee :]

Selasa: Malu gila, pagi2 aku dah kena bom dengan cikgu. HAHA siapa suruh aku berangan kan. Berangan lagi, lepastu dah separuh cikgu explain kat depan, baru lah aku perasan yang cikgu tersalah bagi paper kat aku. Lepastu free ah kena marah dengan cikgu sbb tak ckp awal2. Haha time math pulak tu. Mmg ah kan cari pasal. Pastu petang balik lambat. Guhhh penat gila. Tapi penat pn, dapat ilmu. Ok lah tu. Chemistry punya pasal, penat2 pn kena tolak tepi. Nasib dah paham sikit.

Rabu: Masih puasa ganti. Tapi takdelah penat sgt. Yang best nya masa Chemistry buat experiment yg Electrolysis kebenda semua tu. Best jugak lah hihi habis biru hujung2 jari aku ni kena Sodium Chloride kot nama dia. HAHA aku pn lupa. Lepas tu masa balik dh mcm apa, longlai je masuk kereta. Boleh sampai tertidur pulak tu. Tak cukup tu, dalam rumah boleh sambung tidur lagi haha letih betul la tu -.-

Khamis : Tak pergi sekolah lagi -,- sakit lagi sakit lagi. Bila nak baik ni. -___- Tak cukup tidur sebab malam rabu tu sakit ku datang lagi tanpa diundang \ayat poyo/  Bila bangun nak pergi sekolah, sakit tak hilang lagi. Mak pun cakap takyah pergi, so skip lah sehari. Ni tak suka, kang kena cover balik topic yg tertinggal -.- Malam tu, call tasya, Cakap lama jugak. Sbb tak datang sehari, mcm2 cerita aku tertinggal. Haha. Yg paling best bila budak kelas aku kena tahan telinga bila Teacher yg ajar english aku ni mengamuk habis habisan. Bak kata diorang ni, teacher aku tu menjerit sekuat-kuatnya. HIHI selamat aku tak datang, boleh pekak sebulan ah camtu kan.

Jumaat:Takde apa yang best jadi pon. Biasa je semua. Cuma dekat tuition kena marah sikit bila masuk kelas. Haha mcm tak kenal pulak kan, kalau kelas physic aku tak lambat 15 minit tu, haha mmg bkn aku lah tu. Mana Sir tak marah kan haha xD

P/s : Ni curi-curi online HOHO abah aku tahu haha mati aku kene bebel sepanjang hari tanpa henti kang :p

lets take a spaceship to the stars because in the moon is where I've been all this time thinking of you

Tuesday, July 12, 2011

OKAY ini lagi penat -___-

Setelah 4 hari tak menjejakkan kaki ke sekolah, akhirnya harini jejak jugak kaki aku ni. Ingat dah tak tahu dah jalan nak pergi sekolah kan. Jalan balik rumah je reti. 1st day dtg je, ingat takdelah penat mana kan. Boleh relax semua. Tapi seriously penat gila -_- Datang2 je dah bawak 2 kotak cupcake untuk celebrate birthday Ida. Tapi takdela celebrate besar2 pn, kos tak banyak. Setakat makan cupcake je lah kan HAHA. Lagipun tadi kami rehat dgn Form 3. So malas nak turun, just lepak dlm kelas sampai ckgu datang lah kan. Bila cikgu akaun masuk, so bersurailah majlis kami \haha poyo je ayat/

Tadi best gila bila Cikgu chemistry aku tak datang. Hoyeah lepak je depan lab tu. Cerita macam2 lah, ye la kan, dah 4 hari aku tak jumpa diorang. Mmg mcm cerita jugak lah bercerita dgn dioramg ni. haha xD Bila dah pukul 1.05,naik atas. Pergi jumpa syahmi. Mcm biasa tuntut ah kan. Jangan ingat Nadia Zaidee seorang yg pelupa okayWalaupun 4 hari tak dtg, ingatan masih kuat HAHA. Pastu naik library, letak beg. Turun balik, pergi makan. Gila penat ahh =='' Kawan kawan aku ni mmg beruratkan besi kaki diorang. HAHA. Lepas makan, pergi solat semua. Baru lah masuk library. Okay ramai gila kot. Keluar balik, lepak ngan diorang ni jap. Masuk balik, selamat ah ada tempat kosong. Cepat cepat duduk. Sebab aku nak siapkan kerja akaun sebelum pukul 4. Malas nak buat kat rumah sbb nanti mcm2 jawapan merepek aku jumpa. Baik buat dgn sarah, tasya. Dapat lah jugak jawapan yg betul kalau buat dgn diorang haha xD Mmg tekun habis aku buat, sampai aku tak pandang sekeliling pn msa buat tu.Rush gila nak siapkan. Lepas dah habis, cepat-cepat turun sbb mak dah nak ambik kan.

Lepas balik tu, ingat baru nak rehat lah kan. Lupa pulak ada tuition ganti. Guhhh baru nak rehat. Cepat2 pergi mandi. Kang lambat lagi je muka aku. Dah la aku asyik kena aim dgn Sir sbb asyik sampai tuition lambat. Aku ingat dah cepat2 siap kan, boleh lah aku dtg awal kan,. Boleh lah Sir puji ke apa kan \k perasan/ sekali, mmg lambat jgk. 15 minit kot. Malam nanti ada tuition lagi. Huaaaaa penatnyaaaa, boleh pengsan ah cm ni.

P/s : Happy Belated birthday, Shahida <3
Alhamdulillah. Perasaan tu semakin lama semakin takde. Akhirnya aku berjaya jugak selepas 5 bulan :]

Monday, July 11, 2011

Penat gila :']

Yesterday was a tired day. Jalan sana jalan sini. Keluar rumah dari pagi sampai malam baru aku balik. Mana tak penat kan. Sape cakap tak penat tu, mmg patut jumpa pakar kesihatan aku rasa. Sbb terlebih tenaga bhahaha k tak lawak.

Semalam pagi dalam pukul 10 tu dah keluar rumah. Pergi teman abah jumpa kawan dia dekat tmpat fitness kat Ampang. Sumpah bosan gila. Tercongok je kat situ. Adik aku okay lagi lah, dia buat yg cycling tu. Aku nak buat tapi mcm segan je. Kalau ada kawan okay lagi. Lepas hbis abah settle dekat situ, Abah ajak pergi JJ. Yaaaaa ini aku suka. Mesti aku tak tercongok sensorang haha. Pergi cinema, tengok cerita Transformers 3. Plan nak tgk cerita ni dari last week.  Tapi sold out. HAHA selamat semalam ada. Kalau tak, mmg aku sumpah seranah dah. HAHA. Masa tgk cerita tu, adik aku kesian gila. Jap jap aku tanya dia macam-macam. Yelah aku mana paham sangat tgk cerita ni. Yang aku tau bumblebee je. Yang lain tu aku tahu mana satu yg baik mana satu jahat. HAHA.

Lepas habis tgk movie, singgah Popular kejap sbb abah nak cari buku semua.Then, mata aku ni tetiba ternampak novel '' 7 Hari Mencintaiku'' Seriously rasa masa tu nak jerit kuat gila. Tapi ada lagi rasa malu ni HAHA. PErgi dekat abah, buat muka tak malu kan. Mintak beli satu. Selamat lah abah bagi. Pastu dapat satu, mintak lagi satu. Oyeahhhhh dapat lagi. LAgi satu dapat novel '' Kasih yang suci '' Novel yang aku cari tu. Mana tak happy kan. Mmg melompat ah balik tu. Aku ni sebenarnya takdela peminat novel. Dulu aku mana suka. Kalau baca pn, baca baca mcm tu je. Takdelah sampai nak feeling smua tu. Mmg bukan aku lah. Tapi lepas aku baca novel '' Lafazkan kalimah cintamu'' by Siti Rosmizah. Mma aku suka lepastu. Cara penulisan dia mmg gempak habis. Aku sekarang ni mmg gilakan buku dia. Dulu Andai itu takdirnya takdelah tarik minat aku sangat. Tapi yg baru ni lain mcm pulak. Tu yg aku cari jugak buku baru keluaran dia. Finally dapat jugak. Takdela asyik nak pinjam dekat org je kan. Tapim kalau sape yg baca novel dia, mmg dari tak minat akan terus minat lah. Macam aku ni HAHA

Harini tk pergi sekolah lagi. Ade lah sebab kan. Tapi bukan nak study ke apa kan. Aku mmg tgk sakan movie hari ni. Mula2 tgk KL gangster. Dah habistu sambung pulak tgk cerita Salt. Ada angelina bibir tebal wooohuuuu HAHA. Lepastu sambung pulak tgk Vampire assistant. Haha mmg relax sakan aku harini dgn tak pegang buku langsung --'

Lupa nak cakap, bumblebee tu comel gila okay :)

The biggest mistake I have made in my life is letting people stay in my life far longer than they deserve...

Sunday, July 10, 2011

Jodoh kah? ^_^

Cerita ni sebenarnya dari hari sabtu. Tapi faham je lah kan, aku ni kalau dah malas nak update, mmg malas. Sampai kan dua hari aku tak update blog. Ha. Tapi kalau dah datang aku punya rajin, boleh jadi dalam sehari tu sampai 3 entry aku boleh update. Pelik tak pelik kan. Haha tu lah perangai semulajadi aku :D

Sabtu tu aku ikot parents aku pergi kenduri. Sebenarnya aku rasa pelik jugak. Kenapa tetiba aku nak ikot kan. Ye lah kan, aku ni lah yang paling liat nak ikot parents aku pergi kenduri kan. Tiba2 jeh aku rajin nak ikot. Tak tahu lah kenapa. Lepas dah siap semua, gerak lah pergi sana kan. Sampai situ je jumpa lah Tuan rumah tu. Tuan rumah tu kira mcm bestfriend abah aku lah kan. Masa tengah makan tu, aku terpandang sorang ni tau. Dia pakai baju pink♥ ♥.Muka dia familiar gila. Dalam hati kan '' ish mcm kenal lah, try lah ingat nadia, try ingat'' HAHA bila aku dah ingat, mmg aku kenal sangat lah kan. Kawan lama. Dia comel gila sekarang. Tinggi pulak tu. Rasa nak gugur jantung dah masa tu. Bila dah habis makan tu, mak salam lah dgn tuan rumah tu. PAstu mak salam dgn mak budak lelaki tu sekali. Aku terkejut jugak. Takkan diorang ni kenal kot. Rupanya Emy dgn tuan rumah rupanya sepupu. Ok Emy nama budak tu lah.

Memang tak rugi lah aku ikot mak tadi. Mula2 aku tegur akak dia dulu. Lepastu baru ah ada point ckp dgn dia. Sementara masa parents kami borak, aku pon borak dgn dia. Tapi ada kakak dia sekali . Sebab dulu aku dgn kakak dia memang rapat gila. Tapi kami lost contact sebab dia pindah.  Baru sekarang dapat jumpa. Dah nak dekat 3 tahun lebih. Agaknya jodoh kami kuat kot kan, tu yang dapat jumpa balik. HAHA kperasan :\ Lepastu mak ajak balik, ish berat je hati ni nak balik rumah, ceh mengada habis. Masa nak balik kan, Mak dgn Kakak emy sempat lagi usik kitorang sbb baju kami sama. Warna pink. HAHA makin kuat lah jodoh kami. K perasan lagi. Tapi masa nak balik tu, aku sengih je dalam kereta, mcm tak percaya pn ada aku dapat jumpa dia. Harap lah lepasni dapat jumpa dia lagi. Missyou:)
Warna ni buat aku ingat kau selalu. Baju kami sama hihi xD

You. I can't stop smiling <3

Friday, July 8, 2011

T.T

Bosan gila duduk rumah hari ini. Menyesal tak pergi sekolah. Demam sikit je pn. Hihi. Tapi sakit kepala yg teruk tu. Rasa mcm nak cabut kepala ni, lepastu bakar atas api. Baik terus kot kalau macam tu.HAHA gila gila. Okay lepastu petang rasa mcm dah elok kan. Pergi dapur, tgk ada Macaroni. Hmm mula lah kan kepala otak aku ni. Tetiba dtg rajin, aku pn buatlah Macaroni Cheese. Lama gila kot tak buat. Last buat pun tahun lepas. Takot mcm tak jadi lah pulak kan. LEpas habis buat tu, terus kelam kabut pergi tuisyen. Yela jam pn dah 7.30 masa tu. Tak sempat nak rasa, dah kena pergi tuisyen. Haih.

Bila keluar rumah kan, masa nak otw to tuition. Ada roadblock :/ Haishhh dahla aku dah lambat. Sabar je ah kan. Sampai je tuisyen, aku dah lambat 15 minit. Apa Sir bebel tah, aku tengah blur. Mcm masuk tak masuk je otak aku. Dah nama pn Physic, lagi lah lemah gemalai je aku ni. Rasa nak tidur pn ada. PEmalas. Dahlah tempat duduk aku tu semut bkn main banyak hah. Sampai aku cakap '' Manisnya Nadia Zaidee'' hihi xD Yang si dadda ni, sampai nak muntah bagai sebab aku ckp mcm tu. HAHA jealous lah tu kan. Okay takpe aku paham :)

P/s : Post ni sangat bosan, sbb aku pn tgh bosan. So update jelah. Ape ape je lah aku ni

Peluang yang engkau sendiri dah sia kan

Wednesday, July 6, 2011

Tak sangka pun :\

Aku ingat dia nak cakap benda happy lah kan. Grr menyampah gila. Ye ye IM kat FB cakap malam nak text aku. Siap cakap ada hal penting nak cakap bagai semua tu.Aku pun tunggu lah kan. Dah happy dah ni kan. Lepastu lepas aku siapkan homework, aku baca lah buku sikit kan. Dapat text dari dia : '' Nadia, lepasni kita tak boleh text mcm selalu lagi. Kita nak fokus dekat exam. Tapi habis exam nanti, lepas Raya, kita contact balik. Harap boleh paham keadaan ni. Tapi kalau ada masalah, message je lah dekat FB. Kita still online. Jangan risau. Mesti nanti rindu kan. Sabar lah sikit k '' Dapat je message ni, rasa nak meraung dah. Haha over je, takdela sampai meraung, tapi mcm terkejut sikit la. Baru je nak rapat kan, then handphone dia kena bagi dekat parents ==''

Takpela kan. LAgipun kalau aku dah takda sapa nak text, senanglah aku nak fokus belajar. Takdelah asyik pegang handphone je kan. Haih. Tak sabarnyaaaaa nak tunggu ogos. Nak puasa. Birthday pulak tu. Macam2 lah yang tak sabar. Bulan ogos jugak bulan yang aku kenal dia. Dah nak genap setahun dah. Sekejap je masa berlalu -.-

Yang paling sedih, msg last dari dia. Rasa mcm ape je. Tak nangis pn tapi rasa mcm kosong bila dia cakap '' Okay kita tidur dulu. Jangan jadi burung hantu lagi tau nadd. Kalau sakit, jgn lupa makan ubat, nanti kita takde nak suruh awak lagi. Nadd jangan lupa msg kita dekat FB. Kita tunggu nadd, kalau nanti cuti kita dpt phone balik, kita text nadd balik. Kita harap nadd kuat kalau nadd ada masalah. Kita dah takde untuk nadd cerita masalah lagi. Kita mintak maaf. Tapi kita tahuu yg sekarang nak dah kuat nak faced all of this. Bye. Night. Take Care ''

Terima kasih selama ni dah jadi yang terbaik untuk aku. Walaupun aku baru cuba nak terima kau, tapi kau punya phone pulak kene ambik. Mungkin ini dugaan :)
p/s : Can't wait for tomorrow. Weeeehuuuuuuuu

Biarlah cerita kita menjadi kenangan paling terindah, capital M :\

Monday, July 4, 2011

Baru aku sedar -,-

Hey Monday :)
Hari yang paling buat aku selalu senyum, tayang gigi semua ni. HAHAHA :p Datang je sekolah, terus tunjuk kat bebudak ni pimple. Ouchhhhh. Tak suka tak suka. Kalau hati aku tgh berbunga-bunga kan, mula lah pimple buat kerja part-time kat muka ni. Grrrrr! Cepatlah pergi pimple pimple ku yang tersangat comel ini. Huhu tak suka. Rimas je. Dahla pimple ni suka buat kerjanya kat hidung aku. Huaaaaa sedih je bhahaha :p
Tengok tu. Ada pimple sedang bermaharajalela =='

Okay hari ni aku tersangatlah happy. Sebab takde benda pon yang spoil kan mood aku. Kecuali bila aku pandang orang yang dah khianat aku tu jeee ah. Sekarang aku malas nak buat fake smile dpn dia lagi, aku pandang je tajam2 then aku buat muka tak suka. Biar kau tahu yang aku ni memang dah tak suka kau. Benci:\ Seperti orang-orang yang rapat aku kenal dgn perangai aku. Kalau aku baik dgn orang tu, aku akan baik sebaiknya. TAPI kalau sekali kau dah buat aku benci, mmg tak lah aku nak buat baik. Sekalipun aku dah maafkan, rasa sakit kena khianat masih rasa dekat hati. Aku jenis yang sampai bila - bila aku akan ingat. Aku tak berdendam, cuma aku nak berhati-hati. Bagi aku, aku tak pernah kenal dgn org mcm tu. 

Tadi pagi kan kami dah perfect five dah. Semua dtg. Tapi tetiba Ida kena balik, sbb ade emergency case. So tinggal 4. Tak gempak mcm selalu lah. Tapi perangai gila-gila wajib wujud ah. Kalau tak gelak sehari, mmg bkn kami lah kan. Hihihi xD  Masa otw nak pergi PJ, mengharap terserempak dgn bdk PKBM tu. Harap sgt. Tpi orang lain yg aku terserempak. Haha gila kan aku ni, tak habis2 dgn gila dekat budak PKBM tu. Actually nak stop dah update pasal budak tu. Sbb kita taknak hampakn hati orang yang rapat dgn aku sekarang ni. Walaupun aku belum dapat terima dia sepenuhnya, tapi aku akn cuba. Serik aku dgn lelaki masih tak hilang :\ Pergi padang pn cm ape je. Bosan. Tak buat apa -,- So terus rehat lepastu. Masa nak pergi kantin, mmg lawak gila. Ada satu kereta Merce ni, park dekat tempat assembly tu, so bebudak ni mula ah nak buat perangai peghakk diorang ni. Buat peace bagai lah kat kereta ( aku pn join sekali senanya HAHA ). Tengah2 syok dekat situ, tetiba kan kan kan. Ce teka? Apa jadi? Tetiba kereta tu bunyi cet cet. Tuan dia ada kat blakang kitorang. Bhahahaha malu ada lawak pn ada.. Tak pandang belakang, terus je jalan. Malu punya pasal kan. Dahla sambil tu gelak tak habis lagi. Masa jalan kat kaki lima, yang aku taknampak kaki syaff, sbb tengah asyik gelak, aku pergi sepak kaki dia and terlanggar sya dari belakang. Pastu si sya taktahu apa2 terus terpeluk tiang. Kah serious malu gila. Sebab dpn tu ada geng lelaki kelas F. Lawak gila , malu pun ada.

Harini sepatutnya nak puasa, tapi tergugat sebab tengok bekal yg syaff bawak. Bhahahaha :p Dahla puasa nak dekat, ganti pon tk habis lagi. Haih -,- Geram gila tgk hadiah yang aku bagi dekat Tasya. Domo Domo Domo. Masa aku cari hari tu, takde pulak benda comel tu. Tapi bila nak bagi hadiah kat orang, ade pulak kan. Haha.

P/s : HAPPY BELATED BIRTHDAY TASYA <3

Walau masa terus berubah, saya takkan berubah. Thanks capital M for light my day after him :)

Sunday, July 3, 2011

Masalah banyak -,-

Semalam memang rasa nak hantuk2 kepala kat dinding, takpun bakar otak ni. Mcm nak pecah kepala -,- Tolong tolong. Haha gila dah habis ni. Lepas taktahu nak buat, Call Dadda dgn Syaff ape semua. Okay dah relax lepas tu. Masalah pon settle. Tinggal satu je tak settle lagi. Perempuan gila tuh. Gila ah aku mmg benci dia. Tak malu jatuhkan maruah orang.  Memang tak lah lepasni aku nak baik dgn dia.Biar padan muka isnin ni, mmg org boooo dia aku rasa dlm kelas.

Bangun je pagi ni. Mula dah rasa sakit kaki, sakit kepala semua. Ye lah aku ni mana lah nak boleh aktif sgt. Huh mrnyampah kan =='' Kalau mula ah nak join lari dekat sekolah tu, mesti ler sakit kaki ni datang balik. Takpe aku sabar je. Sebab ni semua dugaan kan. Harap2 lah sakit ape smua ni hilang. Sbb nak pergi sekolah. Rindu dgn Bff semua, rindu budak P tu, rindu nak belajar chemistry bhahahahaha saje je kan aku ni.

Aku tak perlukan tu semua, sebab aku semakin kenal siapa kau sekarang. So jangan nak berlagak baik dpn aku. Kalau aku dah cakap aku benci, sampai bila mmg aku benci orang tu =.=

Jangan cakap SAYANG atau CINTA, kalau kau sendiri tak faham apa makna dia =.=

Saturday, July 2, 2011

Muhasabah diri :\

Assalamualaikum semua.

Hari ini ade larian 1malaysia. Takdapat nombor pon :/ Sedih tak sedih lah -,- Tapi mmg best. Aku berjaya pecah rekod dgn berlari. Rekod sendiri lah. Bkn rekod sekolah lah, HAHA. Kalau cross-country selalunya aku akan jalan je. Pasang MP3, sembang2 sambil jalan. Haha sungguh tak aktif aku ni. Okay aku tahu tu. Tapi harini ada happy ada sedih -,-  Okay cerita yg happy dulu k :)

Happy tu sebab nampak dia budak PKBM tu :) Toing toing. HAHA masa baru sampai lari dgn Tasya tu. Penat gilosss -,- Dalam tgh berpeluh muka semua, terpandang kat depan dewan, weeeee ada dia ada dia. Cepat cepat lap peluh dekat muka bhahahaha :p Gatal sungguh. Then tetiba rasa cm nak pengsan je kot, kaki nak terkejut bagai. Dahla Sarah dgn Ida kemain lambat lagi sampai. Yang si Syaff ni pulak awal sangat sampai. Masa aku ngan Tasya sampai dah ramai kat luar dewan. Tengah minum semua lah. So kami terus chow pergi padang. Ambil beg.  Pergi dewan balik, tgk tgk dia dah takda kat situ. Kayy fine terus masuk dewan, makan Bytes Cadbury yg aku bawak. Siap dgn 3 aku bawak. Yelah untuk BFF, mestilah kene pakej sekali kan.


Yang sedih of course lah pasal Report Card. Eeee makin benci aku kat cho. Selamba ayam je gi kutuk aku kat parents lain. Aku elok2 nak berbaik dgn dia, tp buat perangai balik. Salahkan aku lagi. Mmg best kan. Tu kan hobby dia. Erghhh. Mulut mcm puaka. Budak kelas aku ramai kot tak suka dia. Haih sabar je la. Selamat ah mak tak marah ape ape kat aku. Mak cool je. Yang aku pelik, Guru kelas aku tak kecoh pn. Cho ni ha yg over lebih. Siap dtg ckp kat aku '' This girl is so talkative, she's like to complain'' Mmg ah aku complain, dah dia masuk kelas asyik cerita pasal org kahwin je. Entah bila pulak dia nak ajar grammar essay semua tu ==''

Ye mmg aku salah jugak. Ye aku mengaku. Tapi masalahnya dia taknak ngaku salah dia hilangkan paper aku. Mcm bagus kutuk aku kat org lain. Mcm anak dia bagus sangat -,-
Kmood tak okay. Bye.

I'll try my best for the next exam :p