Monday, August 29, 2011

Salam MerdekaRaya ♥

Do enjoy your raya kay peeps :)

Harini hari last puasa untuk tahun ni kan. Jadi manfaatkan lah masa yang ada kepada sesiapa yang masih berpeluang mengerjakannya. Harini jugalah mak mak makcik makcik kakak kakak adik adik akan busy di dapur. Selalunya kaum perempuan ni je yang busy, kalau lelaki ni dok watlek watpeace tengok tv. Hihi kau  lelaki jangan marah, kang kena jual, takboleh raya dah. Kan kesian nanti.

Ok harini aku penat jugak lah. Dah nama pon anak perempuan, malas mcm mana pun kena jugak tolong sbb mmg terlampau banyak kerja yang nak dibuat. Kang nak berkejar  kemas rumah lagi, nak buat makan untuk berbuka lagi. Fuhh letih :< Tadi sampai berair mata ni hah mengupas bawang, dah mcm tengok cerita Hindustan dah nangis nangis ni haha. Aku sempat berpikir kalau kalau kenapa kalau kita kupas bawang, mata kita keluar air. Pelik tau. Nanti aku suruh cikgu chemistry aku buat experiment. K takda kene mengena.

Lepas dah tlg kat dapur tu, kena pack baju baju semua. Semalam dah pack, harini pack lagi. Baju mcm seguni je kan nak bawak balik kampung. Buat mcm sebulan nak spent time kat sana, padahal 3 hari je pon balik. Rasa sekejap ha, ye la kan, cuti pun seminggu je, kang balik lelama jam teruk pulak sabtu ahad.

Tadi bau rendang mak saya walawehhhhhh sedap ha. Terliur aku kat dapur ni. Tapi muka cover budak kuat puasa kan watcool watkuat. Makan biskut tiger mesti maintain kuat ah. Kmerepek. Malam ni nak balik kampung. Hooooorayy hoyeahh hoyeahh. Lepas berbuka je, kami sekeluarga brommmm brooommm balik penang. Tak sbar kay. Nak jumpa semua kat penang tu. Dah nak dekat setahun dah tak balik. Rindu gila okay. Nanti seminggu saya tak dapat tgk City Hunter. Gonna miss you and Nana bear hikkk :>

City Hunter and Nana Bear :) Rindu seminggu takpaat tgk huaaaa :( Take care k haha

Oh myyyy. Diorang sweet gila. Min Ho and Min Young <3
Okay sampai sini je update, Banyak ketja nak buat ni. Saya ingin menguucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf jika selama sayamengupdate blog ada terguna bahasa yang kasar dan mengguriskan hati awak, saya minta maaf. Jika ada terasa dgn setiap post saya, harap dimaafkan salah saya. Itu sahaja byeeeeeee ! Eh lupa lupa. Nak ucap selamat merdeka jugak hihi :P

HAPPY EID AL MUBARAK AND HAPPY NATIONAL DAY.FORGIVE AND PLEASE FORGET FOR WHAT I'VE DONE.0-0 OKAY :p

Thursday, August 25, 2011

Sayang Abah ♥

Terima kasih Abah :) Adik sayang abah sangat sangat :D

Tak aku sangka langsung abah setuju. Pada mulanya, aku abang dgn adik aku tengah pikir punya pikir macam mana nak ayat abah aku nak balik Penang jugak. Kami dah dapat agak jawapan yg akn keluar dari mulut abah adalah '' TIDAK'' :'(

Mula-mula kami plan suruh Azim dulu yg ayat abah. Sebab dia dikira cm adik kan, so manja lebih. Tu yg suruh dia dulu. Dah dia tanya pon abah cakap tak. Memang dah punah harapan aku nak balik sana. Aku pn IM dgn cousin aku yg mungkin aku tak balik.

Tapi usaha tak berhenti disitu. Malam tadi, Abg aku IM dkt FB, dia suruh pergi tanya lagi. Masa aku nak pergi tanya, abah tengah busy dengan kerja dia. Aku takut nak tanya -.- Aku pergi cakap dekat mak, Mak cakap dah takpayah tanya lagi. Tahun ni confirm raya dekat sini. Bukan Penang. Abah baru ckp semalam. Mata aku ni dah bertakung dah air mata nak mengalir. Dari aku tgh mood nak tgk Ramadhan terakhir, terus aku masuk balik. Sumpah sedih. Tgk abg online, ckp dekat dia pasal keputusan Abah. Abang pun cam tak puas hati sikit. Dia lepas marah sikit. Aku pn rasa benda yang sama. Sebab lepas Arwah Tok meninggal, kami dah tak pernah lagi jejak kaki lagi kat Penang. Kami sabar. Setiap bulan pergi rumah Tok aku dekat Shah Alam. Kami tak kisah. Sebab tu keluarga kami jugak (: Kalau cuti, kami dah tak boleh balik penang, takkan raya pun tak boleh? Macam-macam bermain dekat fikiran aku.

Tengah aku baca novel kat dalam bilik, abah masuk. Abah cakap sekejap dengan aku.

Abah: Adik, abah nak cakap dgn adik sekejap?
Aku: Ha cakap je lah. Adik nak baca novel lah.
Abah: Adik betul ke dgn abg nak balik Penang? Nak raya sana?
Aku: Ye la bah *dah nak nagis ni bhaha :L*
Abah: Ala jangan buat muka sedih dah, kang abah tak bagi balik kang
Aku: Ha? abah bagi balik ke bah?
Abah: Ye lah. Tapi dua hari je.

Aku happy gila. Thanks Abah :) Lepas je abah keluar, aku terus call abang. Happy punya pasal kan. Abang pun mcm tak percaya. Walaupun abah bagi balik dua hari je, tapi aku bersyukur sangat2 sebab dpat jugak balik.

Di sini, saya nak cakap, Sesiapa yg nak pulang ke kampung tu, tak kira lah jauh ke dekat, Have a safe journey :)

Sunday, August 14, 2011

A true story ♥

Setelah lama aku fikir-fikir, akhirnya aku buat jugak post pasal ni :|

Aku sebenarnya sedih, tapi taktahu nak luah dekat mana. Haritu kan, masa sebelum puasa, aku dengan Abang aku ada tanya dekat Mak pasal raya dekat mana tahun ni.

Aku : Mak, tahun ni kita raya Penang kan?
Mak: Tak lah. Tahun ni kan giliran raya dekat Shah Alam.
Aku: Alaaa mak, tak best ah. Bukan ada apa kat sini. Nanti melangut je lebih *dalam hati dah bersyahdu nak nangis*
Abang: Tu ah mak. LAgipun kan tahun ni raya pertama takda Tok. Nak jugak pi tgk kubur tok.

masa abang ckp cmtu, mata aku dah berkaca dah. Nak nangis tahan je, takot nnt mak lagi sedih kan.

Mak: Ikotkan hati mak, Mak pun nak balik raya sana. Abang2 dgn kakak mak semua kat sana. Tapi kita kena paham jugak. Tahun lepas raya penang, tahun ni Shah Alam pulak.

Masa Mak ckp mcm tu, rasa mcm mmg tahun ni raya sini je. Dah takda harapan dah ==''

Lepastu terus masuk bilik. Aku berfikir. Mcm mana ah kalau raya sini. Mesti tak best. Lagipun aku sedih sangat. Aku dah dapat bayangkan susasana dia mcm mana. Mesti sunyi je sebab family aku je yang ada kat sini -.- tiba tiba aku teringat kat Arwah Tok.

-Tahun 2010-
Aku ingat lagi tahun lepas masa bulan Ramadhan. Family aku dikejutkan dgn panggilan yang Mak Long aku dimasukkan ke hospital. Family aku rush gila siap2 untuk balik ke sana. Malam tu kami bermalam dekat rumah Tok. Esoknya kami pergi melawat Mak Long di hospital. Lepas dah melawat tu kami sekeluarga balik ke rumah Tok. Esoknya kami balik rumah kami. Masa nak balik tu kan, Tok cakap dekat mak dgn abah, raya nanti balik lah raya kat Penang. Dah nangis2 dah masa tu. Lepastu mak dgn abah ckp tgk lah dulu.

Bila dah ada dalam kereta, Abah cakap dekat mak, kesian dekat Tok. Dia mcm nak sangat kita balik raya kat Penang. Tahun ni raya kat Penang lah. Tahun depan baru raya dekat Shah Alam. Aku dgn semangatnya yeayyy yeyayyy dalam hati.

Masa raya tu, kami semua balik Penang. Kecuali Abah. Sebab Abah takdapat cuti. Masa raya tu, aku sangat tak sangka yang tu lah raya terakhir aku dgn Tok. Selamat lah kami balik raya, kalau tak mesti aku tak sempat nak beraya lagi dgn arwah :\

Lepastu sehari sebelum raya haji pulak, Tok ada call mak.Masih soalan yang sama. Sama ada mak balik tak masa raya haji. Aku dgn abg dah beria-ria nak balik. Tapi mak cakap tak boleh sbb Raya Aidilfitri dah balik sana, so raya Haji kena dekat sini. Aku pn ikot jelah. Lepastu selang beberapa hari, berita yang sangat aku tak sangka. Bila dpt panggilan Tok tgh tenat. Masa tu automatik air mata aku mengalir. Aku sangat tak sangka. Masa tu aku nampak muka mak menangis. Aku tahu mak sedih. Aku dapat rasa. Tambah2 kami ni keluarga yang paling jauh. Masa tengah bersiap packing baju, ada org telefon, ckp yg Tok dah takda. Masa tu aku menangis lah apa lagi. Aku tak sangka yang masa raya tu lah, kali terakhir aku jumpa Tok. Dalam hati, aku berdoa agar apa yang aku dengar ni bukan lah berita yang sebenar. Sebenarnya tak. Ni lah kenyataan.

Lepastu kami sekeluarga pun bergegas balik. Sepanjang perjalanan, abang yang drive. Dia bawak laju gila. Kami takut tak sempat nak tgk muka tok buat kali terakhir. Mmg betul pon. Sbb kami lambat. Masa tu dh masuk Asar. So kena kebumi cepat. Sampai je kat sana, Abah mintak dekat orang kat situ, nak tgk muka tok. Sbb kami jauh, baru sampai kan. Selamat lah boleh. Masa tu aku dah tersedu sedu dah. Mak pesan kat aku kalau nak cium Tok, lap dulu air mata. Jangan bagi air mata kena dekat muka tok. Masa tu tanpa berfikir apa- apa, aku lap air mata seperti yang mak pesan, dan aku cium tok buat kali terakhir. Masa tu hanya Allah je tahu mcm mana perasaan aku. Fikiran aku kosong. Aku hanya fikirkan, mcm mana Tok dekat alam sana nanti. Apa yang hanya mampu aku buat, kirimkan doa dekat arwah tok. Mak selalu pesan kalau aku ridu dekat Tok, jangan nangis. Kesian dekat Tok.Kalau rindu, Lebih baik aku kirimkan Yassin dekat arwah.

Yang aku terkilan, gambar aku bersama Tok langsung takda. Bila tgk Album gambar, ada lah gmbar Tok yang masih mak simpan. Aku rindu tok. Aku rindu org yang selalu duduk dkt buaian kalau aku sekeluarga pulang ke kampung. Aku rindu org pertama yang aku peluk cium bila aku sampai Penang. Aku rindu org yang selalu tunggu kepulangan kami. Aku rindu dekat orang yang selalu lambai ke arah kami kalau kami nak balik rumah kami. Aku rindu org yang selalu ada kalau kami balik Penang. Tapi sekarang tak da lagi. Aku harap arwah tenang di alam sana.

Ok cukup sampai sini. Dah basah dah keyboard ni dgn airmata:| Sedekahkan lah Al-Fatihah dekat arwah nenek saya. Saya amat hargainya jika saudara dan saudari melakukannya.

Ajal dan maut di tangat tuhan. We never know it :)

Saturday, August 13, 2011

Alhamdulillah :'>

I'm oficially sixteen.

Alhamdulillah aku dipanjangkan umur. Aku bersyukur. Terima kasih Mak kerana telah bersusah payah melahirkan aku dan mejaga aku. Terima kasih juga abah kerana mencurahkan kasih sayang dgn adil dan secukupnya dan memberi nafkah. Maafkan jika aku terlalu degil untuk mendengar segala nasihat mu, wahai mak dan abah :)
Aku rindu masa ni. Hikk:> baju biru tu abang saya. sebelah tu saya hikhok :|


Jika masa diputarkan kembali, aku rindu menjadi seorang bayi yang tidak tahu apa-apa. Yang tidak terlalu mejaga hati orang. Tidak terlalu memikirkan perasaan. Aku rindu menjadi saat itu. Sungguh cepat masa berlalu. Aku pun dah menjadi seorang gadis dah pun sekarang.Bukan budak kecik mcm dulu lagi. Mak cakap masa saya kecik, badan saya berisi gila. Pipi takpayah cakap la. Tapi bila saya masuk je tadika, berat badan saya turun. Jadi kecik sikit. Macam ni.

                                 Ha. tgk kan, badan dah kecik sikit :> ni masa saya 5 tahun :D

Bila teringat zamAn tadika, mesti rindu gila. Rindu nak main kejar-kejar. Rindu nak kena marah dgn ustazah sbb tak hafal doa. Almaklumlah saya kan tadika ABIM. Bukan main banyak doa yg aku hafal dulu, tapi sekarang dah lupa hikk :> Lepas tu mesti lah kita masuk alam persekolahan pulak kan. Rindu kawan-kawan dulu. Ramai dah lost contact. Dekat sekolah ni jugak lah saya jumpa boypren pertama saya. Tapi sekarang kami kawan. Dia sekarang dgn bestfriend saya. Nampak sgt kami takda jodoh HAHA :p Nak tgk mcm mana masa saya sekolah rendah? Adoi segan -.-'

                                                                   I miss them a lot <3

Dan sekarang saya dah berumur 16 tahun. Sungguh banyak perubahan dalam diri saya. Banyak. Tak terkira. Tapi saya bersyukur saya masih dipanjangkan umur. Tu yang penting. Dgn tanggal 14 ogos, saya berharap saya dapat temui kembali diri saya yang dulu kembali. Yang hanya tahu bercakap dan berlawak dgn BFF. Saya taknak lagi menangis untuk benda yang tak penting. Mulai detik ini, mereka semua hanya angin lalu yang tak patut saya pedulikan.



Hikk :> sekejap je kan saya 16 tahun. Rasa mcm baru je nak ambik UPSR haha ngengada -.-

Hidup jangan lagi di toleh belakang, hanya fikir ke depan (:

I'm bored of doing Maths :|

                                                         


Dulu kann, dari kecik sampai lah PMR aku rasa aku ni bukan lah seorang yang penggemar Maths. Buat latihan mmg tak. Sangat malas.

Lepastu masa form 3 sekali pon aku tak pernah lulus. Tapi masa Trial tu lah pertama kali aku lulus. Dan PMR aku memperolehi B. Masa trial tu aku terkejut jugak tau cemana boleh terlulus kan. Mana taknya, takot failed punya pasal, habis mana mana orang je aku suruh ajar. Setiap minggu mesti ada je muka aku stay kat library. Rindu masa tu :\

Bila naik Form 4 ni, ehehhhh maths dia dah tak mcm masa form 1-3 dulu. Tak sama. Sebab tak banyak sangat calculation.Lebih kepada kita kena interpret data. Memula mcm nak biol jugak, tapi lama lama mcm best, ayat je memanjang kan -.- Lepastu cikgu yang ajar aku tahun ni mmg superb gila. Susah nak dapat cikgu Maths mcm ni.  Start dari bulan january ni aku mmg salah seorang yang minat Maths. Tak mcm dulu.

Time dulu, kalau Maths je, aku ni lah yg kuat berangan lah itu lah ini lah. Masa form 3 lagi ah, bila cikgu bagi soalan suruh jawab kat depan mesti aku terkial-kial nak jawab. Alhamdulillah la sekarang ada perubahan kan. Takdela slow mcm dulu lagi dlm kelas maths HAHA.

Sekali awak tipu saya, sampai bilapun saya tetap anggap awak penipu :\ 

Wednesday, August 10, 2011

H E A R T -----> H A C K S ♥




Hati tak akan boleh dipecah-pecahkan menjadi banyak kepingan sehinggalah ada yang menyebabkannya pecah :)

Tengok ni, time tengah bosan tadi aku ada terjumpa satu benda ni. Tengok la tengok la. Penat tau kita cari :P

Ayat-ayat penipu cinta
bukan ayat-ayat cinte ye kawan-kawan :D


Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh jadi lelaki yang bertanggungjawab, saya sedia terima”.
Ayat-ayat Sebenar: “Saya tak kisah rupa awak. Asalkan awak boleh TANGGUNG saya, sudah cukup.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Itu abang angkat saya.”
Ayat-ayat Sebenar: “Itulah boyfren saya yg ANGKUT saya ke sana ke mari.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yg selalu bagi kejutan.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang selalu bagi HADIAH YANG MAHAL-MAHAL.”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang memahami. Jika memiliki kekasih yang memahami, hubungan akan kekal.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang memahami kehendak saya. Jika memiliki kekasih begini saya sanggup utk BERSAMA LAMA. Satu kerana dia tahu apa beg kesukaan saya. Kedua dia tahu saya suka makan di mana dan dia akan belanja saya. Dan yang paling penting dia tahu belikan mana satu jenama baju kegemaran saya!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat.”
Ayat-ayat Sebenar: “Saya sukakan lelaki yang tidak boros dan cermat, supaya saya boleh KIKIS SIMPANAN mereka!”

Ayat-ayat Penipu Cinta: “Saya tak boleh reply, kredit habislah bang. Tadi call mak di kampung. Nak top-up duit takde. Abang boleh top-upkan?”
Ayat-ayat Sebenar: “Kredit dah habis sebab bergayut dengan jantan lain tadi. Abang boleh top-up kan?





P/S  : Kadangkala Allah mempertemukan kita dengan orang yang tidak tepat sebelum mempertemukan kita dengan orang yang tepat supaya kita bersyukur akan kurniaNYa dan belajar darinya…

Friday, August 5, 2011

Hari Kelima Berpuasa :P

Assalamualaikum.
Sekejap je.Hari kelima dah ^^
Tinggal berapa hari je lagi. Harini tak pergi taraweh lagi hikk :> Penat.
Dah tak pergi ni, terpaksalah jugak siapkan folio Sivik.
Blurghhh -.- entah hape lah tetiba kena buat benda alah ni. Selamat lah dalam kumpulan. Kalau individu, HAHA mmg harapan lah aku nak siapkan -.- Setahun belum tentu aku buat. Merepek je aku rasa benda ni.

Hariniii kannnnn masa bacaan Yassin saya duduk baris kedua. Gila kedepan kan. Mcm segan pon ada jgk. Ye ah tak penah2 nak duduk depan, then, entah angin apa bertiup harini, kedepan lah kat kat baris kedua tu. Tu pn mcm tak pndang depan sgt. Selamba aku je toleh ke belakang hekk :> Ye ah dah sebelah aku takde sape bawak yassin, terpaksalah share dgn org belakang kan :D

Lepas masuk kelas cam tak belajar sangat. Borak sana sini je lebih. Lepastu buat Pafa. Yeay! Yg form 4 pnye tinggal lagi sikit je. Alhamdulillah. Time agama tadi ada Tadarus dekat Surau. Mmg aku suka lah kan sbb takyah duduk dlm kelas. Aku ni kalau kat kelas time agama, mula ah mata ni buat perangai. Mengantuk gila kot =.= Bila dah mengantuk, mula la aku cari helah buat ini buat itu. Bukan aku fokus ustazah ajar kat depan. Tu yg kalau exam selalu dapat tak cukup makan HAHA.  Lepas dah tadarus semua, buat Solat Dhuha. Dah habis solat kan, kami berlima ingat kena terus balik kelas. So teruslah pergi kelas. Dah dalam 15 minit dalam kelas, tetiba kena panggil.Iman cakap ustazah marah kat kami. Time tu gugur habis jantung, selamat sempat sambung. kalau tak masuk hospital dah. Aku pesan kat diorang buat muka paling comel kat depan ustazah,biar ustazah takjadi nak marah. HAHA Bila pergi surau, ustazah tgh bg tazkirah la. Aku pn dengar tak dengar je, sbb otak aku ni tgh ligat pikir, ustazah marah ke tak japlagi tu kan. Lepas dah habis, kami smua pergi salam ustazah. Aku cakap lah kat ustazah mintak maaf sebab kami TERbalik kelas tadi. HAHA.Then ustazah cakap selamat lah ustazah tak TERcubit kamu. *sambil gelak*

P/s : Bulan puasa ni makin menjadi pulak penyakit tidur ni:>

I'm not upset that you lied me, I'm upset that from now on I can't believe you.

Thursday, August 4, 2011

Chocolate and Ice-cream :P

Hikk :> Tajuk taknak kalah kan. Senanya aku rindu dua makanan yang selalu ada kalau aku tengah down ke ada masalah ke sedih ke kan. Tapi sekarang aku dah kena kurangkan makan benda ni, karang habis rosak gigi aku. Kalau rongak nanti sape jugak yang susah. Aku jugak susah, terpaksa guna Polident kang. Takpun jadi model Polident HOHO -.- ktaklawak. ":/

Tadi pergi teraweh. Hikk :> Dah dua hari ponteng, harini alhamdulillah jejak jugak kaki aku pergi surau nak teraweh.  Harini tak penat sangat, boleh la kan. Selalu lepas berbuka mata ni sayup je nak tidur. Makan banyak sangat berbuka kan. Tapi tadi aku makan sikit je. Aku makan Mi Udang je hikhik.

Harini sepatutnya ada tuition Chemistry. Tapi aku tak pergi :| Takde sapa nak hantar. Semua busy -.- Esok pulak kena ponteng tuition physic pulak. Abang aku punya kerja lah ni ajak aku buat kerja jahat ^^ Ada ke dia suruh aku ponteng sbb nak bagi chance dia guna kereta. Nextweek baru dia bagi pergi. Kurang asam betul =='' Konon nak shopping dgn awek lah, yang mangsa aku kena skip tuisyen. tapi takpela aku suka jugak takyah gi tuisyen. HAHA.  K enough here,esok nak sahur. kang liat nak bangun. bye :D

P/s : Tadi saya ternampak abang handsome tu lah <3

Love isn't enough to keep the relationship going. It takes a lot of effort and patience to make the commitment stronger.

Hari Keempat Berpuasa♥

Takde cerita best harini. Saya tak sekolah. So takde cerita yg nak di kongsi. Sakit perut yang teramat lah sebab aku tak boleh nak pergi sekolah HAHA -.- Dah tak pergi sekolah tu, bosan gila okay. So aku on lappy. Tgk lah cerita korea kat lappy aku ni. Sambil tu blogwalking semua dan aku terjumpa something. Let's see what I found :)


P/s : ni nak berubah ni muahahahhaha :P

Happy break of fasting to all muslims <3

Wednesday, August 3, 2011

Hari Ketiga Berpuasa♥

Alhamdulillah, sudah hari ketiga.
Hari ketiga jugak kita belajar erti sabar. Walaupun aku ni takdelah penyabar mana kan -.- Cuma harini aku agak tak dapat kawal marah aku. Terlepas sikit. Aku harap hari esok-esok ni aku tak ulang lagi marah mcm tadi. Harini tak penat sangat sebab kann tadi sahur kita makan banyak. Siap tambah lagi tau. Biar bertenaga sikit kan.

Harini hari kedua aku tak pergi terawih. Sayang gila.Padahal masa terawih hari pertama ye ye kan taknak tinggal langsung.  HAHA. Pastu berbuka tadi kan, mmg makan terlebih banyak pulak -.- Entah kenapa harini tinggi pulak nafsu makan aku hahaha :p

Sejak dua tiga hari ni kan, lepas balik je sekolah. Mandi semua. Tgk lah cerita City Hunter, lepastu mesti tertidur. Kalau petang je nak tidur. Haih entah kenapa suka sangat tidur pulak sekarang ni. Ni susah bila dah jadi hobby.

I'm saving all my worries for the day you will leave me.

Kalau marah =.=

 Sedih betul ha. Sedih sangat. Sedih tak sedih, tapi sedih jugak laaaa. Haha ayat mcm apa je kan. K nak bgtahu ni, aku dapat markah Maths di luar jangkaan. Target lain, yg dapat tu pn lain. Sape tak sedih kan? Eeeee sumpah menyesal suka ponteng sekolah. Sakit perut sikit pon dah taknak dtg. Bila exam hambekkkkk kau nadia asyik buat silly mistakes je. Bkn sikit, tapi banyak. Sampai hilang habis markah semua tu. -..- Kalau dah lulus tu mmg aku bersyukur sgt, tapi aku rasa aku boleh dpt lebih baik. Dapat je paper aku duduk diam. Tak ckp bnyak. Habis hilang mood aku. Takpela jadikan ni pengajaran. Jgn suka nak ponteng. Akhir tahun nanti mungkin boleh dapatkan yg lagi baik -.-

Tadi kan sebelum rehat kan kan *gedik* Dapat paper Agama. Hikss :> Alhamdulillah meningkat sikit. Dah tak teruk mcm mid term haritu. Aku happy sgt. Dpt jugak lupakan pasal aku down masa dpt kertas maths tu.  Masa rehat kawan2 aku ni rajin pergi buat solat Dhuha. Rasa rugi pulak tak join sekali bila aku kena pergi ambil Peka yang tak siap kat Lab physics. Dahlah esok kena buat Peka yg baru. Habis aku =.=''

Lepas rehat pulak, belajar akaun jap. Dalam pukul 12 tu kena pergi Dewan :| HIPPP HIPPP HOOORAYYYY lah kan budak kelas aku semua. HAHA pergi sana tgk ramai gila bdk petang. Dekat dewan tu ada Majlis Pesaraan ________. Cikgu tak pernah pun ajar aku, tu tak kenal sgt -_- Duduk dekat dewan mcm org gila dah, duduk tk diam sana sini. Bila sampai rumah penat gila haih ^^

Nak cakap ni,dah masuk mulut buaya pn nak kecoh jugak -_-
Telling the truth then smiling for no reason and they think you're lying.

Tuesday, August 2, 2011

Hari Kedua Berpuasa♥

Bangun sahur tadi, keadaan aku dah ok. Rasa sakit masih ada, tapi aku cuba buang dia tu jauh sejauh yang mungkin. Mulakan hari ke sekolah dgn senyuman :)

Betul ckp kawan aku, dont take it too seriously. Yah, salah aku jugak. Ini iktibar. Terima kasih :\

Sahur tadi saya makan banyak. Banyak tak terkira jgk -.- Mak pelik. Aku lagi pelik. Mungkin sebab harini sekolah kot kan, biar bertenaga sikit hihihi :D Lepas tu sambung tidur balik, bangun je tidur dah lambat pergi sekolah. pukul 7 aku tak siap lagi. HAHAHA. Bak kata aku dekat mak '' Ala mak, standard lah hari pertama sekolah bulan puasa ni siap lambat. esok confirm awal.'' Haha mak buat tak dengar je aku cakap.

Dekat sekolah, gaya mcm org tak berpuasa pun ada, bercerita sana sini mcm tak jumpa setahun. Bayangkan je lah bila Cikgu BM tak datang, hihi maknanya bercerita lah kan hikk :> Mcm2 kami cerita, tpi mostly pasal makann lah. HAHA

P/s: Alamak dah pukul 7. Kene tlg mak ni * cehh. Bye :]

I wish I didn't have to pretend I was happy. I wish I just was.

Monday, August 1, 2011

Hari pertama berpuasa ♥

Salam Ramadhan semua :P

Semalam siapa pergi Tarawikh? Hee angkat tangan angkat tangan. Ahaaaa saya pergi jugak. Saya pergi jugak. Yeay, best kannnn? Dekat tempat aku buat 8 rakaat je. So cepat lah habis kan, dalam 10 lebih tu aku dah balik rumah. Masa pergi surau tu kan, mana mana makcik je yg tegur aku. Eh lama tak jumpa. Sekarang belajar mana la. Adoiiiii =='' Saya sekolah lagi lah. HAHA tu lah, sape suruh berkurung dalam rumah je kan, sampai org pon dah tak cam aku ni sape. Nasib baik lah aku ni mcm belangkas duduk dgn mak aku. So orang tahu la aku ni anak sape. Kang tak pasal2 ambik aku jual kat siam pulak kan. Saya happy sangat dpat pergi terawih hari Pertama. Hikk :> Harap tak tinggal lah. Dapat buat sampai hari last puasa. Insyaallah takda halangan :|

Balik je tu. Online kejap. Esok tu cuti, apa lagi. Sakan lah aku online. Hikk :>  Lepastu aku tak berapa berkenan bila ada kawan aku yang tak sependapat. Tolong lah berbaik k. Aku sayang korang. Serabut aku tgk kalau mcm ni. Pikir lah baik baik sebelum buat sesuatu kpeace!

Tadi pagi bangun je tidur. Aku dah dapat list kerja yang aku kena buat. Ahaaaa pengsan aku-.-
-Kemas Bilik *mcm biasa -..=
-Siapkan homework
-Iron baju
-Tolong mak sebab puasa kan,kena ringan tulang sikit ehekk :>

K cukup k sampai sini. Nak kemas bilik.Kang online lamalama makin bertambah pulak kerja aku -.-