Friday, December 16, 2011

Precious day :']

"Entah mengapa engkau yang aku cinta,mungkin lebih baik kau ku lepas saja" Hm hm pasni bukak je dengar lagu ni. Nadia suka letaklagu nak nangehhh cepat belasah diaaaa. Gedebushhhh >,<

Sebenarnya post ni takde kena mengena pon dengan apa yang aku nak cakap tadi. Hihi. Saje buat gempak. Kang belasah lagi sekali baru tahu dia ni. Saje je tulis lirik separuh tu sebab  baru letak je kat blog. Ah kau ah ah ah baru letak pon nak kecoh. Heee peace weh (Y)

Ah sudah opening pon dah panjang berjela. Takleh panjang lagi ke? ok takleh.

Sebenarnya nak cerita ni, rabu lepas kan, aku dengan sepupu aku keluar pergi ke Queensbay Mall. Pada mulanya seperti yang dirancang, ada kawan dia sekali. Tapi kawan dia takdapat join. so that kami keluar berdua. Berdua mesti bosan? Taklah. Best jugak. Kitorang tawaf satu mall tu. Haha. Shopping sakan habis.


Like seriously mall ni besar juga. Tapi aku belum pernah sesat lagi lah haha. Lepas dah ronda mall ni, survey baju baju. Biasala kan aku, dah survey sana sini. oh kedai ni. eh tak kedai ni. Eh tak lah kedai ni. Tu lah kepala otak aku pnye dok berpikir. Untuk mengelakkan tension nak pilih baju mana, so kami membuat keputusan untuk berehat sebentar bersama kit kat. Eh bkn  bkn kit kat, kit kat mana kenyang!! haha. Kami makan Pizza Hut!


''Ku menunggu bila nak hantar pizza di atas meja ku, tak akan ku ganggu kau dengan kerjamu, tapi tolong hantar cepat sebab aku lapar.''

Pizza tak sampai muka boleh senyum lagi tu haha takleh blah. Yang jadi Waiter dgn Cashier pon alahai muda gila kot. Semua mcm lepasan SPM. Lepastu yg take order kami pon muda jugak. Ambik order tersenyum-senyum kat sepupu aku, aku dah hentam gelak kot tgk muka dia. Muka dia lawak sangat time tu. Bagi aku la.
Dah dia sampai kami pon order Meal for two person tu kan. Tak cukup dengan set tu, aku tambah dengan Chicken Bolognaise Spaghetti kot nama dia, hah aku lupa dah. Aku makan banyak, so mmg kena tambah makanan lain :D 

Selepas menunggu lamanya, berborak sana sini, sampai dah takde cerita nak disembang. Makanan yang diorder oleh kami pon sampai. Kami menikmatinya dgn penuh selera. Yummy yummmyyyy!!!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA. Aku tgk seniri pn aku dah gelak gila. Gelojoh sgt. Ish ish. Lapar sgt lah kot.



Lepas makan, mesti layan movie lah kan. So gerak pergi cinema tu. Kami tgk breaking dawn. Bagi aku sangat best! Edward Cullen look so cute!!! Dengan rambut pendek dia. Argh rasa nak mnjerit kotttt!!! Wedding Dress bella pergh cantik gila. 

Lepas tgk movie, '' TIME TO SHOPPING''. Masuk keluar semua kedai sampai lah puas hati. Dalam otak masa nak keluar ni, nak beli satu kasut satu baju. Tapi tapi itu semua hanya angan angan di siang hari. Bila nampak baju lawa sikit nak beli nak beli beli!!! Haha sampai lah tak sedar yang aku dah beli dua baju satu kasut. Dapat tau kat mak aku, hahaha habislah aku. Selamat aku ditinggal berseorangan di rumah sepupu aku dkt penang ni.

Dah habis shopping apa semua, dah 6 lebih. Duduk kat tepi laut jap, baru kami balik rumah. Seriously penat gila. Balik rumah kaki cam kejang pon ada haha. Malam tu mmg aku tidur awal lah. 

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Takkan baca je? Drop your comment here kay (: