Wednesday, September 7, 2011

Rayaaaaaaaaaaaaaa-----------> Exam :(

Ape ni ape ni ape ni. Ah nyampah -________________________-

Seriously tak suka. Ape tah. Sepatutnya dapat cuti masa PMR nanti, form 4 kan? HAHA. Tetiba cikgu cakap yang final exam 10 oktober.So that tinggal 1 bulan sahaja lagi. Dekat dgn PMR. Mmg aku suka. Lagi sebulan je. Banyak lagi topik yang aku sengaja lengah lengah nak study. Adoi buat spoil mood raya je. Baru nak enjoy sikit, baru nak gelak jahat dekat bdk PMR dgn SPM, danggggggggg alih alih, aku pn exam sekali. Lagi brp minggu je pon -_- Aku ingat lambat lagi :( Yang sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa maybe kami tak cuti masa PMR nanti. Waaaaa ksedih :<

Alaaa nak exam ni, menci menci menci ah ah. HAHA. Lepasni kena la lupakan kejap Air twister, asam bebagai favourite aku tu, say no dekat maggi. Ah memacam lah pulak. Lepasni kalau rehat takleh masuk kantin beli air kotak apple tu lagi. Benda masam semua takleh makan sebulan ni. Selamat ketupat rendang semua boleh makan. Ok sep. Ahad ni nak pergi raya dgn kawan. Ok best. Tahun lepas takdapat sebab nak PMR. Sekarang boleh.

Ok tutup cerita pasal Exam :) Bukak cerita pasal pasal pasal ........

Fine, aku tgh angau gila dekat someone ni. Oh my, dia comel. Paham tak dia comel weh comel sangat.
Ahad lepas pergi beraya, Tak sangka yang dia dua pupu aku. Haha dia caring gila kot dgn adik dia. Wlaupun kami dua pupu, tapi tak pernah jumpa pn. Tu first time. Kawan kawan aku kata dua pupu boleh kahwin lah Nadia :) HAHA miang keladi anak cik Zaidee ni :/

Semakin hari perasaan aku semakin tiada dekat kau. Perempuan tu nak kau kan? Pilihlah dia :)

Saturday, September 3, 2011

Hari Kedua Beraya♥

Hari kedua semua sepupu dah raya pegi kampung masing2. Tinggal lah ku bersendirian ecewahhh :O Raya kedua kurang best sikit. Asyik dalam kereta pusing pusing Penang ^^ Plan yang betulnya nak pergi beraya, tapi boleh sesat pulak. Aku yang dekat belakang ni sampai dua kali tertidur baru sampai. Haha. Memula kami pergi beraya rumah kawan baik mak masa sekolah :D Lama gila kot mereka berkawan.

Then then then nak tau apa jadi. Anak kawan mak tu ohhhhhhhhh hensem gila. Wa cair waktu tu jugak. Tapi muka control ah, muka baik muka tak cair semua, makan kuih raya bagai. Tapi dlam hati berbunga bunga dah. Dahlah abe tu pakai spec Bruno Mars, mana tak cairnyaaaa kannnnnnn? Hehehhehehe. Mooooood gataiiiii sudah maliiiii. Nak ngorat, umur jarak jauh plak. Dahla dia sama umur dgn abg aku, aku pn lupakan je la hasrat aku tu. Hehoheho. Nasib baik duit raya dia masyukkkk

Lepastu pergi beraya rumah kawan masa mak kerja dulu, rumah ni tiap tahun aku pergi. Cuma tahun ni lain sikit sbb anak2 kawan mak aku tu ada jugak. Selalunya takde. alalala omei omei batul anak kawan mak ni aku berkata kata kat dalam hati. Mood gatai lagi. Dah cukup cukup. Ulat bulu naik daun betul hah -.- penampor jugak sebiji kang -.-

Rumah yang ketiga pulak, rumah sepupu aku. Dia buat open house. Riuh benorrr rumah tu. Ye la mana taknya bukan main ramai kaum kerabat keluarga aku. Sampai tak cukup space dah. Lepastu ada abang sepupu aku ni bagi duit raya tau. Part ni paling aku suka :
Dia bagi kat sorang2 duit raya. Lepastu dia balik lah. Diorang yg kecik2 ni semua pakat bukak sampul duit raya. Tak sbar betui.

Adik aku : Kak, dapat rm 10. Banyaknyaa. *muka aku watlek je.
Aku: (keluarkan sampul tu dari bag) Piraaaaahhhhh, akak pnye rm 20. hahaha (sambil pandang akk sepupu dekat sebelah, dia pn rm 20 jugak)
Abang aku : Elehh korang 10? 20 ? Sikit je. Tgk aku pnya RM 30. (semua pakat gelak)

Abang aku cakap, tu lah budak kecik takleh pegang duit banyak2. Nanti hilang, tu bdak besar yg dapat lagi banyak. Kuasam pnye abang.

Raya kedua takda gambar leww. Takde sape nak tolong snap kan hew hew hew :>

Friday, September 2, 2011

Hari Pertama Beraya♥

Assalamualaikum.

Hihi dah raya keempat baru reti nak post pasal Raya Pertama. RAYA RAYA RAYA! Raya pertama tahun ni best lah jugak. Tapi rasa lain macam je sebab kurang satu. Dah takda Tok. Hm. Lain sangat. Mcm biasa pepagi lepas je sembahyang raya mesti semua family besar kumpul dekat rumah Tok. Walaupun ada dua tiga family yang tak join sekali, tp meriah gila. Kecoh satu rumah tu. Memula pagi tu aku ingat takde sape ah nak kumpul kat rumah tok, sbb tok pon dah takde, mesti masing2 raya rumah sendiri je. Rupanyaaaa di luar jangkaan woahhhh. Mereke dtg berkumpul seperti hari raya yang lepas2. Meriah gila kot.


Masa raya pertama saya berbaju kurung bungabunga putih merah dan berkain satin merah serta bertudung merah bersama inner hitam disertai Handbag pink :) Amboi panjangnya description tu. Masa raya pertama fulamak ai, makan tak ingat dunia. Rumah pertama makan nasi impit ketupat rendang semua. Rumah kedua makan sate. Entah berapa cucuk sate aku makan. Banyak ah jugak. Rumah seterusnya lontong pulak. Lepastu rumah seterusnya laksa pulak dgn cake semua. Hambikkkkk kau punya banyak aku makan. Rumah terakhir aku makan lemang. Yang paling pecah rekod sedunia, aku dah pandai makan lemang hoyeahhhhh!

Itu sahaja cerita raya pertama saya :)