Friday, September 2, 2011

Hari Pertama Beraya♥

Assalamualaikum.

Hihi dah raya keempat baru reti nak post pasal Raya Pertama. RAYA RAYA RAYA! Raya pertama tahun ni best lah jugak. Tapi rasa lain macam je sebab kurang satu. Dah takda Tok. Hm. Lain sangat. Mcm biasa pepagi lepas je sembahyang raya mesti semua family besar kumpul dekat rumah Tok. Walaupun ada dua tiga family yang tak join sekali, tp meriah gila. Kecoh satu rumah tu. Memula pagi tu aku ingat takde sape ah nak kumpul kat rumah tok, sbb tok pon dah takde, mesti masing2 raya rumah sendiri je. Rupanyaaaa di luar jangkaan woahhhh. Mereke dtg berkumpul seperti hari raya yang lepas2. Meriah gila kot.


Masa raya pertama saya berbaju kurung bungabunga putih merah dan berkain satin merah serta bertudung merah bersama inner hitam disertai Handbag pink :) Amboi panjangnya description tu. Masa raya pertama fulamak ai, makan tak ingat dunia. Rumah pertama makan nasi impit ketupat rendang semua. Rumah kedua makan sate. Entah berapa cucuk sate aku makan. Banyak ah jugak. Rumah seterusnya lontong pulak. Lepastu rumah seterusnya laksa pulak dgn cake semua. Hambikkkkk kau punya banyak aku makan. Rumah terakhir aku makan lemang. Yang paling pecah rekod sedunia, aku dah pandai makan lemang hoyeahhhhh!

Itu sahaja cerita raya pertama saya :)

No comments:

Post a Comment

Dah baca? Takkan baca je? Drop your comment here kay (: