Saturday, February 4, 2012

123 start!

HAIIIII SAYA KEMBALI!!!!

 Ala rindunya... Blog rindu blog. Ye rindu. Betul rindu. Rindu gila!!!

Amboi over kau hahaha.

Tak sangka kan, kita dah masuk bulan february. Tak sangka sangat. Aku harap february kali ini, bukan february tahun lepas. Bukan bulan yang meberi aku kecewa, yang meberi aku penipuan segalanya. Tapi bulan tu jgk lah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Harapnya lah kan jgn lah kejadian february tahun lepas berulang kembali.

Tahun ni SPM. Cikgu masuk semua cakap pasal SPM. Tarikh SPM. Semuanya pasal SPM. Aku bosan aku bosan tapi tu hakikat yang aku ni f5. Ada exam besar. Exam besar!! So aku dah kurangkan online. Kurangkan update blog. Nak online pon jap-jap je. Tak macam dulu, seharian aku online.

Sekarang masa pun padat. Isnin balik lambat. Ada class english dekat sekolah. Confirm balik lambat. Rabu pulak habis sekolah Kelas Physics. Balik lambat jugak. Start february memang sangat busy sebab cikgu semua berlumba-lumba nak buat extra class habis sekolah. Jumaat dengan Sabtu pulak ada Tuition kat Pudu. Ahad pulak Tuition kat rumah. Selamat ahad tu tunggu cikgu datang rumah. Kalau tak lagi penat.

Tak cukup dengan hal akademik sekolah, ni pulak ada keja extra. Macam semalam, orang semua takyah pergi sekolah tapi aku kena pergi sekolah. Yang ada jawatannya kena pergi. Dengar taklimat kursus semua tu. Bahawasanya tugas setiausaha itu berat jugak. Bila dengar taklimat semalam '' Makkkk kauuu banyak gila kerja aku kena buat''. Tapi takpelah, tahun last sekolah kan. Tahun depan for sure lah takde nak penat macam ni, berkejar ke sekolah kan so that hargailah masa-masa yang ada ni kat sekolah. Hehe.

And.. Lastly..............


Dah tu je nak update, panjang lah jugak kan tu. Biarlah...

Assalamualaikum. Salam Maulidur Rasul kpd semua umat islam.

Saturday, January 21, 2012

This is so naisssss weeeeheee :p

Lamanya tak update blog *kelip mata

Busy. Itu saja satu perkataan yang mampu disebut. Keluhan demi keluhan aku post kat FB. Harap semalam keluhan terakhir aku. Nak berjaya takleh mengeluh. Yeay nadia yeay!

Apa yang busy sangat tu? Ni lah nak cerita ni...

Hari isnin. Balik lambat. Dekat sekolah pulak turun naik turun naik. Dari lab naik kelas. Turun gi kantin. Untuk pengatahuan lah kan, my class is at the third floor. Third weh third weh!!! Which means aku kena naik berapa tingkat cuba kira cuba kira. MANA AKU TAK PENAT KAN???!!!??? Dahla tangga dia takyah cakap lah, ataupun gelaran yang cikgu aku bagi '' Tangga Gila''. Nak tahu kenapa digelar sebegitu? Muahahah hanya pelajar SMKAJ je yang tahu. Kalau nak tahu, mai lah register sekolah saya.

Lepastu kena turun lab. Jap lab physics jap lab chemistry. Erm like seriously I feel so damn E.X. H.A.U.S.T.E.D. Ha dah ter-cakap pasal lab ni kan.. Nak cerita ni. Minggu ni kerja kami buat experiment je. Dan experiment kami memang cemerlang gila. Tolong baca perkataan cemerlang tu dgn maksud yang berbeza ye. Masa buat experiment tu, dengan mulut bising, sana sini nak bercakap. Lepastu masa tgh buat experiment,  delivery tube boleh tercabut. HAHAHA. Mmg nahas kalau teacher tahu, so amek yang baru. Dah lepastu syafiqah berjaya pasang balik bnda yang tercabut tu, kalau tak... Nahaslah. Dengan paip buat hal. Macam-macam jadi. Esok tu pulak, terpecahkan burette. Hahahahha mmg kumpulan kami ni....



Benda ni ah tercabut. Kami ni kasar. Biasalah....

Ok habis pasal lab. Haha. Alhamdulillah. Berjaya jugak aku update blog*kesat peluh

So far sekolah okay. Takde masalah apa. Cuma tahun ni, aku rasa lega sangat kat sekolah. Lega sebab apa? Biar aku je la yang tahu. Mata pon dah tak sakit. Hati lagi la, happy memanjang. Haha. Aku dah taktahu nak tulis apa ni lalalal~ Dah la cukup la eh. K.. Sekarang tgh cuti. Boleh gua update selalu. Teehee *_*

Wednesday, December 28, 2011

The best holiday ever!!!

P/s: PERHATIAN!!! NI POST LAMA. BARU DPT POST SEKARANG SBB INTERNET MASALAH. 

Ehem. Hihi lama tak update blog kan?Last update 21 december-Wednesday. Sekarang? 28December. Ahah. Lama tak lama la kan. Nak dekat seminggu kan? Bukan malas tapi masa tu busy mengahbiskan saki baki masa di kampung. Hehek. So sekarang bila dah balik sini, baru lah boleh update.


Tu jambatan Pulau Pinang!! Haha k semua orang tahu tu.Rindunya. Bila boleh balik kampung lagi pn entahlah. Sebulan dekat sana, bila dah balik sini aku rasa cm janggal sangat. Haha. Sampai bila masuk rumah sendiri pn aku cam pelik sangat. Rasa mcm diri ni ada lagi kat Penang. Ada dengan kawan2 baru katsana, sepupu semua tu. Tapi sebenarnya aku dah pn sampai kat rumah. Haha.

Masa nak balik tu, rasa macam-macam rasa. dengan beg yangsarat cm bertahun punya barang. Selamat mak tak cakap apa-apa bila beg penuh bonet. Haha. Teringat lagi, masa hari sebelum balik nak kemas barang, alahai rasa sayu je. Nanti takleh naik motor ronda kampung, nanti petang2 takleh main uno dgn diorang. Uh emo nya kau Nadia HAHAHAHAH -,-






Ok ringankan lah tangan tekan play kat video tu k. Video ni pasal kenangan2 aku tinggal sebulan kat Penang. Video ni dah express segala feeling aku. Suka sedih semua ada. Tengok-tengok lah aaa. Berterabur sikit kot. Hm Ye la percubaan pertama. Lagu pn aku main sumbat je ni hehe :p

Satu lagu ucapan, terima kasih kepada followers2 semua yg dah follow since aku buat blog tahun lepas. Kiranya dah 2 tahun. Yang blogwalking semua, aku ucapkan terima kasih sangat.

Wednesday, December 21, 2011

kami S I H A T

hai saya kembali lagi dalam rancangan remaja sihat keluarga sihat. K tetiba merepek.


Nak tahu tak jumaat lepas, kami berempat pergi jogging pulak. Memang macam-macam aktiviti lah kitorang buat. Kalau tak makan, mesti jogging, takpun ronda naik motor. Kalau jogging makan jogging makan, bila nak lemaknya dibuang? HAHA aku pn taktahu.

Selalunya kalau kat rumah aku, aku biasa pergi jogging pon kat Taman Tasik Titiwangsa!!! Park dia besar gila. Best jgk jogging katsana. Selalu pergi dgn bestfriend aku syuhadda hehe. Kitorang akan borak-borak sambil jog tu cuci mata la hihi. Pastu nnt ada boat tau mcm banana boat pn ada jgk, selama aku jogging takpernah aku naik lagi. Teringin pn ada wuwuwuwu ~_~

Tapi kali ni aku jogging kat kampung aku je. Tepi laut best gak. Tapi jogging cakap je lebih. Banyak jalan je. Haha aku takleh kot, lama gila dah tak jogging, then bila nak jogging balik mesti mcm ahhhhh semputtttt.... Acanneh lah tu kan nak buang lemak yg bermaharajalela tu -.-

 
                                                     Terserlah ke-over-an aku hahahahaha



Haha Nadia Nadia. Muka takleh blah. Sape ni sape ni HAHA.


                                                                  YEAH, ini lah mereka.

Nampak atas tu. Mana kami jogging sangat, haha makan angin je lebih. Lepastu conteng-conteng tulis macam-macam lah. Nak tgk. Dipersembahkan jeng jeng.....




Alaaaa salah letak..

                                             
                                   Sepatutnya ni dulu. Malas plak aku nak remove balik. Biar je la.

                                             
                                               Semangat diorang ni. Untunglah. Aku lg setahun.

Masa balik tu, penat gila kot. Dengan berpeluhnya lagi. Muka pn dh mcm burn kulitnya. Aku ni dhla dah gelap, kalau burn ha mmg gelap lah lagi haha. Bawak sunblock tp takpakai, apa ke-sengal-nya aku ni -.-

Balik tu singgah kedai, beli roti sbb cik fizah nak buat Scrambled Eggs. Sedap dia buat, mcm nak rasa lagi je. Ini serious tak tipu. Hehe. Tpi gambarnya takdok. Gambar ikhsan dr google adela. ni lah dia ni lah dia -->


Sebelum terlambat, nak ucapkan Congrats kat Junior 96's yang dapat result cemerlang. Tak kira lah 8A ke 7A ke 6A ke 5A ke 4A ke 3A ke 2A ke 1A ke, bersyukur apa yang kita dapat. Itu usaha kita. Yakin dgn diri, cuba lagi spm! Nanti bila dah f4 mesti rasa mcm '' uih pmr senang je, knp dulu aku tak buat betul-betul'' haha tu la yang aku rasa sekarang.

Assalamualaikum.

Tuesday, December 20, 2011

Click clack away!!!

Hai update lagi. Hihi post lama ni. Post ni dah masam dah aku simpan. Ini khamis lepas punya cerita. Haritu takda masa nak post. Ok ni baru ada masa. Tahniah dekat saya sebab berjaya melancarkan post ni k tetiba.


Harap maklum post ini masih mengekalkan tema makan ye kawan-kawan haha! Sebab aku sekarang kat penang, kat penang kan makanan semua mmg sedappp!!! Sebab tu post aku asyik makan makan makan. Saje nak buat korang terliur hehe :|


Khamis lepas. Aku, cousin, dgn kawan dia lunch dekat PappaRich. Ini nak kata breakfast pon boleh jugak. HAHA sbb pagi tu dah bangun lambat kan so mcm biasa pakej dgn lunch sekali jimat duit. Faham tak? JIMAT DUIT JIMAT DUIT JIMAT DUIT -_- tapi pemboros kdg2 . K kdg2 je. Tak selalu. Sebenarnya lama dah weh nak makan PappaRich tu. Dah alang-alang ada dekat ngn kampung aku, apa lagi makan lah kan. Rugi ah kalau tengok je tengok je kan.




Selepas sampai ke tempat yang ingin dituju, maka kami terus membuka langkah masuk ke kedai. K ayat dah mcm buat karangan bm. Lepas dah dapat tempat duduk.Sembang2 jap. Pastu Waiter nya pn dtg! Nak waiter hensem2 boleh yg amek order? Haha gatal gila woi. Ha lupa nak cerita!!! Masa sampai katsini, aku sangat pelik. Sebab takde bell. Selalunya ada bell kena tekan baru waiter tu dtg. So macam pelik macam jakun semua segala macam aku ada. Nak tengok tak kami makan apa heng jeng jeng *tutupmata* 

Jangan bukak sebelum aku suruh bukak hihi
'



Bukakkkkkkkkk! Yeay *mcm lah tutup sgt.



Ni nama dia Nasi Ayam! Sedapppp! Nyum! Sebelah tu Air Chocolate. Dijamin taksakit perut hehek.



Ni nama dia Nasi Goreng taktau nama. Aku dah lupa hehe! Nak tau sedap ke tak tanya lah orang yg makan tuuuuu!! Hehe!

Lepas dah habis makan semua, kami gerak ke Queensbay Mall. Tak shopping pon. Kitorang cuci mata jeee! hehe. Cuci mata pnya cuci mata dapatlah jugak satu gambar abg Padini hensem!! Rambut dia wow kot!


Heheheheheh :p


Dah balik dari Queensbay, pergi lah duduk tepi laut jap. Lepak2 makan Auntie Anne's!! Tapi pahit semacam. Hangus sikit kot kot lah. Haha dah duduk situ, view pon cm ok lah cantik jugakkk!!




Habis tudung gerbang-gerbang! Jangan tercabut sudah haha. Memang berangin kat situ. Rasa sejuk je. Fikiran pon tenang. Mai la kampung saya!!! Syokkkk tawww!!!!!


Ok sampai sini jela. Banyak sangat dah cerita ni. Hehe. Saya nak ucapkan terima kasih kat kawan2 yang baca lepastu bagi good response :*

Friday, December 16, 2011

Precious day :']

"Entah mengapa engkau yang aku cinta,mungkin lebih baik kau ku lepas saja" Hm hm pasni bukak je dengar lagu ni. Nadia suka letaklagu nak nangehhh cepat belasah diaaaa. Gedebushhhh >,<

Sebenarnya post ni takde kena mengena pon dengan apa yang aku nak cakap tadi. Hihi. Saje buat gempak. Kang belasah lagi sekali baru tahu dia ni. Saje je tulis lirik separuh tu sebab  baru letak je kat blog. Ah kau ah ah ah baru letak pon nak kecoh. Heee peace weh (Y)

Ah sudah opening pon dah panjang berjela. Takleh panjang lagi ke? ok takleh.

Sebenarnya nak cerita ni, rabu lepas kan, aku dengan sepupu aku keluar pergi ke Queensbay Mall. Pada mulanya seperti yang dirancang, ada kawan dia sekali. Tapi kawan dia takdapat join. so that kami keluar berdua. Berdua mesti bosan? Taklah. Best jugak. Kitorang tawaf satu mall tu. Haha. Shopping sakan habis.


Like seriously mall ni besar juga. Tapi aku belum pernah sesat lagi lah haha. Lepas dah ronda mall ni, survey baju baju. Biasala kan aku, dah survey sana sini. oh kedai ni. eh tak kedai ni. Eh tak lah kedai ni. Tu lah kepala otak aku pnye dok berpikir. Untuk mengelakkan tension nak pilih baju mana, so kami membuat keputusan untuk berehat sebentar bersama kit kat. Eh bkn  bkn kit kat, kit kat mana kenyang!! haha. Kami makan Pizza Hut!


''Ku menunggu bila nak hantar pizza di atas meja ku, tak akan ku ganggu kau dengan kerjamu, tapi tolong hantar cepat sebab aku lapar.''

Pizza tak sampai muka boleh senyum lagi tu haha takleh blah. Yang jadi Waiter dgn Cashier pon alahai muda gila kot. Semua mcm lepasan SPM. Lepastu yg take order kami pon muda jugak. Ambik order tersenyum-senyum kat sepupu aku, aku dah hentam gelak kot tgk muka dia. Muka dia lawak sangat time tu. Bagi aku la.
Dah dia sampai kami pon order Meal for two person tu kan. Tak cukup dengan set tu, aku tambah dengan Chicken Bolognaise Spaghetti kot nama dia, hah aku lupa dah. Aku makan banyak, so mmg kena tambah makanan lain :D 

Selepas menunggu lamanya, berborak sana sini, sampai dah takde cerita nak disembang. Makanan yang diorder oleh kami pon sampai. Kami menikmatinya dgn penuh selera. Yummy yummmyyyy!!!



HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHA. Aku tgk seniri pn aku dah gelak gila. Gelojoh sgt. Ish ish. Lapar sgt lah kot.



Lepas makan, mesti layan movie lah kan. So gerak pergi cinema tu. Kami tgk breaking dawn. Bagi aku sangat best! Edward Cullen look so cute!!! Dengan rambut pendek dia. Argh rasa nak mnjerit kotttt!!! Wedding Dress bella pergh cantik gila. 

Lepas tgk movie, '' TIME TO SHOPPING''. Masuk keluar semua kedai sampai lah puas hati. Dalam otak masa nak keluar ni, nak beli satu kasut satu baju. Tapi tapi itu semua hanya angan angan di siang hari. Bila nampak baju lawa sikit nak beli nak beli beli!!! Haha sampai lah tak sedar yang aku dah beli dua baju satu kasut. Dapat tau kat mak aku, hahaha habislah aku. Selamat aku ditinggal berseorangan di rumah sepupu aku dkt penang ni.

Dah habis shopping apa semua, dah 6 lebih. Duduk kat tepi laut jap, baru kami balik rumah. Seriously penat gila. Balik rumah kaki cam kejang pon ada haha. Malam tu mmg aku tidur awal lah. 

Tuesday, December 13, 2011

Indahnya...

Semalam kan......

Kan.....

Aku rasa.....

Aku makan...... banyak....

Eh bukan banyak...... Tapi sangat banyak -.-


Hikhik....

Semalam perut aku mmg kenyang sekenyang-kenyangnya lah kot. Bangun pagi dah lambat so pakej dengan makan tengah hari hiwhiw :3 Bangun je sepupu aku kata kita makan tengah hari dekat luar *mukahappy* Makan nasi kandar weyyyyy! Muahahahhaha. Mana nak dapat sebegitu sedap cm dekat Penang ni.

Lepastu pulak, petang kitorang gi jalan jalan cari makan lah jugak hehehe :3 Teh dengan Makteh bawak pergi makan pasemboqqq! Pergh sedap gilaaaa weyyyyyy! Sedap dari Pizza Hut ataupun Tutti Frutti kegilaan ramai tuwww. Tak percaya? Datang lah sini meh kita toraiiiii sama sama.


Nampak sedap kan? Yeah. Ehh tak sedap? haha pedulikkk.

Rasa nak datang lagi je tempat ni. Macam syurga makanan pun ada dah. Bukan setakat yang atas ni je aku makan, kitorang semua order Sotong Kangkung. Sejujurnya pertama kali aku dengar nama makanan ni dan semestinya ini kali pertama aku makan. Sangat sedap. Nak tgk cemana rupanya? k k nak tunjuk ni *tutup mata semua*.... jeng jeng..... Surpriseeeeee *bukak mata*

Alaaaa takde pulak gambarnya. Hikhik. Sebenarnya ada kat gambar atas tu. Sekali dengan ABC tu kan ada cm sotong tu. Haaaaaa tu laaa. Paham tak apa cuba aku explain? Paham bagus. Janganlahhhh tak paham. Tak reti nak explain dah ni. Sebelah sotong kangkung tu namanya sotong bakar. Hm. Ni bagi aku tak berapa sedap hahahah cm pahit semacam je.

Okay lepas makan mestilah kenyang kan? Banyak gila kot. ''Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati''.  Perut pun dah kenyang. So masa untuk berjalan jalan lagi lah kan. Tempat seterusnya kami pergi Straits Quay. Tempat ni view dia cantik sangat. Tapi cuma bila tangkap gambar dapat gelap grrr yelah aku pakai kamera zaman tok kadok je bukan DSLR hakhak :3









Hm k maaf terlebiih sudah aku tarok gambar hekhek! Tapi time ni mmg cam gila kot asyik nak bergambar je, tempat dia sangat cantik. Lepastu dengan sejuk lah semua. Plussss,  banyak bot-bot besar.

Cukuplah. panjang lebar dah bercerita. Sebenarnya kan aku rindu kat abah. Nak dekat 2 minggu tak jumpa. Walaupun aku happy kat sini, enjoy je sana sini. Tapi kadang2 bila abah call aku rasa cm nak menitiskan air mata je. Even abah call hari-hari pun aku rindu sangat. Bila tengah cakap ngn abah, dalam hati ni ya allah sebak je rasa.aku ada lagi 2 minggu kat sini. Tapi aku rindu sangatttttttttttt! Kalau dekat rumah, mesti dah tengok bola ngn abah. Dekat mak pon, aku rindu jugak. Seriously aku rindu sangat nak dengar mak marah-marah sebab aku asyik online facebook, tengok cerita korea jee keje lepastu bila mak suruh menyapu mesti aku cakap '' otw mak'' ''kejap mak, lg 10 minit settle semua'' lepastu kalau takbuat sepanjang hari lah mak marah. Lepastu kalau tlg mak masak kat dapur kalau tak perang mulut mesti tak sah. Rindu sangat semua tu. Bila kita jauh, baru aku rasa yang mak dgn abah adalah orang paling berharga yang takde pengganti. Mak dgn abah lah org yg selalu ada kat hati aku. Sayang mak dgn abah :/ Tak sabar nak balik sana!

Alamak post tersedih pulak adoiiiiii maaf maaf.
Argh tak sangka sampai mengalir air mata buat update pasalni. Sampai cousin aku tegur asal aku menangis. Eee malunya hakhak.

Sunday, December 11, 2011

Lololololo :p

Assalamualaikum pembuka bicara. Alahai sopannya... *mukamenyampah*

Ekceli lah kan nak cerita, aku dah mula show blog aku. Sebelum ni aku diam diam je ada blog ni. So aku buat keputusan nak letak link aku kat website fb tu. Kalau baca tu baca jelah, jgn banyak songeh nak cakap macam2 k. Aku gedebusshhh hiyakkkkkkk kau kang. Aku garang tau. Cuba buat aku marah. Lebam sebelah mata kau kang. K joke.

Harini tak pergi mana mana pn. Tsk tsk sedihnya.. Syok je orang upload gambar holiday sana sini.. Jealous kitew :(  Aku duduk kampung hadap buku je. Tapi takdelah 24/7 menghadap pn. Kalau gitu menghadap je, balik rumah sana mahu biol otakku. Alahai tujuan utama duduk sebulan pon sbb nak revise balik topik form 4. Lagipon katsini aku ada FREE private tutor. Hikhik. Bertuahnya :) Dia baik. Suka bawak aku ronda katsini. Pastu kan dia kan bawak aku tgk movie. Yeyeh.
Ni lah ai punya private tutor. Dia baru habis spm :D


Tadi lepas online fb pukul 8 lebih. Dah mandi semua maka bermulalah misi spm 2012 kekekeke xD Misi lah sangat. Merepek ja banyak. Hakhak. ehhh gelak takleh teghukkk lagi ke wey nadia :\ k gelak sopan sikit hihihi



Dalam banyak banyak subjek, addmath jugak jadi pilihan hati nak revise untuk malam ni. Walaupun susah tahap dah tak bertahap ni, aku gagahkan jugak lah menyetadi semua ni dengan bantuan private tutor aku a.k.a sepupu hahaha :p



Bila dia ajar Topik Differentiation dgn Solution of triangle. Wargh, blanknya lahai otak aku -.- Takpe sikit beljar sikit, biar ilmu masuk sikit-sikit. Dari tak masuk langsung. Sbar sabar. Lepas dia tunjuk semua tu, ok try buat sikit-sikit. Mana takpaham baru tanya. Masa tu mata mulalah menguap lah ngantuk lah. Lepas asyik menguap je aku tutup buku terus. Haha. Dalam hati '' Esok lah sambung. Mcm nak tidur je''


Hm.. Hm.. masa buat latihan log pn dah mcm gila sikit kot haha over tu. Dah mcm  pening gila2. ini pulak buat 2 topik yang agak susah. Agak pening jgk. Lepastu slow sikit otak ni nak terima apa yang aku cuba paham hihi.


Lepas study semua kononya yang nak tidur tu hahaha memang kelaut lah tu wey. Bila dapat phone dapat laptop, mengantuk semua hilang. Kalau pegang buku, tidor pon dah ckup boleh dah haha.  Acano nak eshhh peee emmm niii. *takpe lambat lg. Kepala hotak lah lambat. Kejap je jadinya nnt.

Bila habis update semua ni dalam 2 pagi. Cousin aku yang ala ala ala a.k.a private tutor yg free tu kan mula bertanyakan soalan :

Her: Bila dah 2 lebih ni pulak mata aku tak mengantuk kan? *something like tht la

me: Tulah pasal. Kita ni patut duduk overseas kot hiwhiw :3

Sejak perants aku hantar duduk penang sebulan ni, aku rindu nak dengar bebelan mak aku. Walaupun kdg2 aku asyik tak dengar, tapi bila dah tak dengar selalu rindu pulak. Yay semalam lepas rindu call ngn abah. Lepas rindu lah sangat padahal bila katsini abah call nak dekat hari2 lah jugak. Mcm semalam makn tomyam pn nak bagitahu aku. Haha. Adik tahu abah rindu adik hihi xD Lepastu game liverpool start pon call aku lagi hahaha mmg rindu sangat lah tu.

Cukuplah kot. Mata mengantuk. Post terlebih panjang pulak ni. Adoi, nak delete balik kang mengahbiskan borehhh hoh update bebanyak gi delete balik. K Good mornight. Take care :3


Saturday, December 10, 2011

Hari Sabtu yang indah.

Saya bosan.. Seriously.

Hm... Semalam tidur lambat.. Borak macam2 dgn cousin.. Sampai terlelap pukul berapa pon tak perasan. Selalu kalau kitorang tidur lambat, kitorang akan lambat bangun bangun. Matahari pkl 12 dah terpacak pn, belum tentu saya boleh bangun. Teruknya nadia ni. Hewhew.

Tapi...
Tadi bangun awal gila lah jgk. Awal jangan nak gila sangat lah kan. Masa terbangun pagi tadi, tgk sepupu aku dah siap dgn madi segala. I was like '' awalnya bangun :O'' oh aku terlupa pulak masa tu yg nak pi kenduri pukul 12. Aku pn watlek je dulu, awal lagi. Hihi. Dah lama tu baru aku gi mandi.

Bila dh pkl 1 lebih baru gerak pi kenduri. Ala dekat bawah rumah je pon. Tu takde gambar apa semua tu. Dengar jelah aku merepek kay. Taknak ada pangkah kat atas tu, klik je. Masa otw nak pergi kenduri aku turun lah tangga, buat kali kedua aku terjatuh. EE buat malu ja. Harini selamat takde ssiapa nampak. Kalau mcm semalam oh my malu gila kot. Aku jatuh, pastu ada lelaki kat belakang aku. Selamat ah aku tak kenal. Flat Desa riang pnya tangga mmg dengki selalu ngn aku.

oh lupa nak cerita. Sebelum pergi kenduri tu, sepupu aku lagi sorang call barang yg mak aku pos dah sampai kat kampung aku.  Yeah cantik ah,dh nak dekat 3 hari aku tunggu, alhamdulillah baru sampai. Habis je kenduri aku terus pergi rumah mak long ambik barang tu semua. Naik balik atas, terus bukak barang tu. Haha tak menyempat kan.

K malam ni keluar lagi. Yeayyy *post ni bosan sikit. Sebab aku tgh bosan tggu cousin aku balik :(

Wednesday, December 7, 2011

Gurney Plaza, Penang.

Semalam....Tiba juga......

Atas tu saje buat saspens peewit weewitt xD

Semalam hari keempat aku di Penang. Penang adalah tempat yang paling tenang dan mengamankan bagi aku. Tak pernah aku duduk sini aku terbelit dgn apa-apa masalah. Aku sangat have fun gila kat sini.

Semalam aku keluar dalam erti kata lain hang out dengan sepupuku,Nurhafizin bersama rakan-rakannya yang lain. Amboi buat ayat skema bagai pulaks yeee kihkih takpayah nak skema sangat xD

K picture here. Let's enjoy it:D




Kami tengok cerita ombak rindu. Uwohh best gila. Sampai nangis mmg tangkap leleh lah kan. Tengok sampai 10 orang mmg gempak ah kan. Yang tak gempaknya tgh syok feeling, boleh pulak budak kecik baya umur anak buah aku boleh gi baling-baling popcorn. Ingat apa nak main darts ke budak ni? Sepupu aku bangun then terus jumpa parents bdk tu hahaha lepastu terus duduk diam bdk tu.


Hah percaya tengok ni kan gilaaaa panjang tiket wayang tu hehe then habis tgk wayang apa semua tak sempat makan sbb diorang ni kena rush pergi sekolah aku just follow je. padahal perut lapar gila weyyyy! masa tunggu bas pulak bapak lama bus rapid penang tak muncul-muncul argh panas gila kot. then takda pilihan lain naik cab ehemmm :\



Lepas pergi sekolah cousin aku kami pergi mall apa tah nama dia aku lupa. Yang aku tau kami makan kepcii kat situ. Ahhh nikmat gila licin aku makan. mmg lapar betul lah kan.

Haaaaaaa nakkkkkkkkk ceritaaaaaa niiiiiiiii. Semalam kan aku kan pergi kan pesta kan kat kan penang kan. k blah kau gedik haha nak kan kan pulak. oh my best gila. even penat gilaaaa tapi i had so much fun with my cousins dan blal bal bla. penat nak list semua weyyyy. Pandai2 ah pikir.



okay okay jangan dicari aku disitu. Mmg takde haha aku ngah buatpe tah masa tu tak sempat nak interframe. Pastu kan maa kat sana aku naik satu benda ni nama CHALLENGER bapak ah wei seram gila weyyyy! 

Tempat permainan dia lahai mcm kat Genting u. Pergh masa naik benda tu aku rasa aku dilambung lambung kat awan biru. betul tak tipu. Rasa mcm kena ayun rasa mcm jantung gugur semua ada. Apa yg aku mampu buat hanya menjerit nama cousin aku '' EJINNNNNNN AKU NAK JATUHHHH'' HAHA takleh blah aku jerit sampai nak hilang suara sampai keluar air mata kot haha lawak gila. Tak berani nak naik sgt nak tunjuk hebat konon. ye la masa beratur tu gila apa nak patah balik dah la budak2 je yg beratur belakang tu. Tgk muka cool je, aku pn bajet cool ah.

Cukup panjang post kalini haha udah udah ni apa sesat bahasa lain ni. Byeeee :D 




Tuesday, December 6, 2011

Wedding Day.....But not me...tsk.

Tajuknya wedding tapi bukannya aku.... Tsk tsk tsk. sedih. K jangan nak sedih sangat la kan haha

Hm hm hm. Nak cerita apa? Sedih ni... Bukan aku yang kahwin... Ha.. Ha...Ha

ok cukup lah berdrama dekat atas tu kan? Kang orang meluat pulak. Yang pasti post ini bukan bost jiwang y'all. Ini bukan post ditinggal lelaki bukan post cinta dikhianati ecewah dan juga bkn post putus tunang gataiii sekolah tak habis lagi Nadia. Hewhew.

Ok tapi post ini berkaitan sebuah wedding yang indah lagi bahagia ecewah ayattt puitis lagiiiii kau nadia.. Sudah sudah sudah jangan diingat lagi jangan diingat haha tetiba...

Lari jauh dah topic ni. ok sabtu lepas pergi wedding dua sepupu mak aku punya anak. Anak dia lelaki. Kahwin. Isteri dia cantik. Mcm siapa? Mcm aku lah. BHAHAHAHA blah lah kau perasan gila woi. Wedding ni dekat Penang. Tempat dia takmacam wedding yg selalu aku pergi tau. Dia mcm dalam taman pn ada mcm cafe pon ada haha aku pon taktahu. Makan dia weyyy boleh tahan sedap lah jugak. Ada cendol ada laksa mmg nikmat ah kan perut aku.











Tuesday, November 29, 2011

Jangan pathetic sangat boleh?

Ini kisah twitter. Nak baca silakan. Taknak ada pangkah kat atas tu klik je:)

Post ni agak emosi sedikit. Aku sgt taktahan dgn org yg pathetic ni.

Semalam kan ada MAMA 2011. Some of my friends at twitter had tweet about that. Ada yg others tu pulak dok asyik mengutuk korean. Ok fine lah. Aku bukan nak backup sgt korea sbb aku minat. Tapi masalahnya kan kalau minat orang kita mana boleh halang? mcm kau minat Bieber ke Greyson ke sukahati lah kan. Eberibadi ada minat sendiri.

So jgn lah pathetic sgt. Kau tak suka kau diam. Simple je. Tak perlu lah kot kau nak kecoh satu dunia kau tweet  kau menyampah la timeline penuh dgn korea. Kalau tak suka, takyah bukak timeline. Eberibadi ada hak sendiri kan nak tweet apa. K kau pn ada hak tpi tak perlu lah nak memaki apa org tweet. Setiap orang ada pendapat sendiri. Ee. Geram sgt.


Performance paling gempak. Kim Hyun Joong and Suzy absolutely cute xD


ada lagi gambar dia teneng teneng admire him sooooo much

Sorry ye post kalini ter-emo pulak. Btw, semalam ada Carling Cup Quarter Final. And the best news yeah when Liverpool wins again. They beat chelsea 2-0.

Monday, November 28, 2011

You'll never walk alone

#YNWAforever

Nak tahu tak semalam buat pertama sekali saya tgk bola dekat kedai. Sebelum ni tak pernah. Disebabkan masa habis bola Malaysia aku merungut rungut kat abah lapar. Terus abah bagi cadangan tengok bola tengah malam tu kat luar. Aku pn apa lagi setuju lah kan. Terus siap siap dgn jersey liverpool sekali tu yang takleh blah tu hahahaha mcm kau kesah je kan? haha xD

Liverpool punya game start dalam 12 lebih cmtu lah. tpi kitorang sampai kat kedai cheras perdana tu dalam 11 lebih. Tercongok jelah kat situ. Lama gila aku melangut. Yang abah dapat kawan dia terus gi sembang sana. Aku dgn taktahu apa nak buat texting jelah hihi.

Bila bola dah start then bila nak goal, aku terjerit goal. Tapi takdelah kuat sgt tapi orang dengar lah jgk. Ada dua tiga pakcik pandang. Dahla aku sorang je budak perempuan kat situ. Masa tu hak elah malu gila wey. Tpi control malu watlek sudah. Dalam hati aku kata ala dorang pandang bukan dorang kenal aku pon, relax nadia takyah nak segan sgt. Lepas habis game, makan kat situ semua. Saya balik dgn perut kenyang tapi hati yang sedih, sebab Liverpool seri. Strictly speaking, I hate you Joe Hart. Ergh pemusnah betul. Kalau tak boleh masuk satu je gol lagi.



Lama titew TAK UPDATE kan. Dah taktahu nak update apa hihih k la cukup cukup tangan penat dah menaip.

Saturday, November 19, 2011

The best moment everrrrrrrr!

*ok shahida zakaria jgn jealous k*

Ok today enjoy gilaa. Terlupa masalah terlupa nak makan terlupa about him, terlupa jalan nak balik rumah haha, terlupa everything. The only thing aku ingat teater badai semalam dengan Aaron Aziz. Erghhh dia hot gilaaaa! Ini teater pertama saya tgk. Dan sangat tak mengecewakan saya. Siapa tak tgk rugi. Teater ni adaptasi dari Novel karya Khadijah Hashim. Cerita dia sedih sangat. Mak saya kata Novel ni masa mak aku sekolah lagi. Dijadikan untuk komsas mcm tu lah rasenye. Aku dah baca dah. Habis. Serious sedih.


ni novel cetakan pertama xD



Wargh lakonan diorang perghhhh



Kami pilih seat yg RM90. Mula2 kami gi beli seat RM30. Then mcm jauh sgt dari stage. Nanti taknampak Aaron. So kitorang decide ambik yg dekat dgn stage. makin dekat dgn stage makin bertambah lah harganya. Takpe demi Aaron, aku dgn Rabiatul sanggup tu sampai korban duit kitorang hahaha xD Tapi berbaloi. Show dia sngat best. Pelakon semua mmg menghiburkan hati.


Seat kami F09 dan f10. Strategik gila xD

Masa show tu dah start, Aaron datang depan2 kitorang. Huargh I was like ''makkkkkk hensemnyaaaaa diaaaa'' Bayangkan depan2 real pulak tu. Mcm cinta pandang pertama ok. Too bad, dia laki orang pulak :( Lakonan Aaron real gila. Time dia marah, gua bolehhh feel weyyyyy! Kesian Erra kena hentam dgn Aaron. Watak Aaron jahat dalam tu, sepatutnya benci ah kan dia. Tapi saya plak dalam hati '' eeee dia comel gila'' ada satu part dia dgn erra, sangat sweet.

ok kalau nak cerita sampai esok tak habis. saya terlalu excited. Bila part Aaron atas stage, aku senyum mcm org gila argh! Bila show dah tamat, ergh rasa taknak balik. Nak gi kat Aaron! Hmmmm :(




ni masa show dah tamat.









ok ada banyak lg gambar. tp mls nak upload. PEnat gilosss ni. K btw skrg saya rasa mcm nak jauhkan diri dari semua org. kbye






Friday, November 11, 2011

Please be okay :')

Dua hari. Ye dua hari. Bukan dua hari nak SPM. Aku Form 4 kay. Zaman muda lagi. Dua hari ni sebab twitter aku takleh tweet mcm biasa. Tak tahu kenapa. Nak kata internet problem, tak pulak. Sebab bila bukak facebook, bukak youtube. No hal laju je. Bila bukak twitter je jadi cmni. Timeline je boleh tengok. Mention, activity, followers dgn profile tak boleh.K tengok ni.

nampak tepi tu kosong kan

Hm. Bukan tu je. Aku takleh reply tweet. Takleh retweet. Favourite pn takleh tekan. Pastu sesapa yg keluar kat timeline tu aku takleh bkak Profile dia. Kenapa begini? Nangis ah camnih :< Anyone help me please?